Membantah Tindakan Pihak Pengurusan Shaftsbury Putrajaya Yang Menghalang Pemilik dan Penyewa Untuk Memasuki Kediaman Hanya Kerana Tidak Mendaftarkan Wajah Mereka di Face Recognition Scanner

Bermula pada Disember tahun 2020, pihak pengurusan Shaftsbury Putrajaya atau dikenali dengan nama Ikhasas Sdn Bhd telah mengeluarkan memo kepada semua pemilik dan penyewa untuk mewajibkan penggunaan Face Recognition Scanner di pintu masuk utama kediaman. Pemilik diwajibkan untuk membuat temujanji bagi mendaftarkan wajah mereka di face scanner beserta maklumat peribadi untuk direkodkan.   

face2.jpg

Tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana:   

(i)  Pihak pengurusan tidak pernah mendapatkan sebarang pandangan atau persetujuan daripada pemilik sebelum ianya dilaksanakan. Pada ketika ini telah ada kaedah lain yang bersesuaian untuk tujuan security iaitu penggunaan Kad Akses untuk memasuki Pintu Utama dan Lif. Kad Akses juga hanya boleh digunakan di aras pemilik sahaja selain Aras 3 untuk Kolam Renang dan Gymnasium.  

(ii)   Pihak pengurusan memaksa semua pemilik untuk mematuhi peraturan ini seolah-olah pemilik langsung tidak mempunyai keupayaan untuk membantah sedangkan perkara ini langsung tidak terkandung di dalam Perjanjian Jual Beli atau Buku Shaftsbury Residences House Rule yang diperolehi oleh pemilik ketika mendapat kunci.  


(iii)  Perkara ini mungkin didapati bertentangan dan melanggar 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi di bawah Seksyen 5 (1) terutama prinsip pertama dan kedua       https://www.pdp.gov.my/jpdpv2/awam/prinsip-perlindungan-data-peribadi/ 

Pertama –  Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.         

Kedua – mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan.    

(iv)  Pelaksanaan ini sangat mengganggu privasi pemilik atau penyewa seperti seorang penjenayah yang perlu merekodkan wajah sendiri setiap kali ingin masuk atau keluar daripada kediaman walaupun hanya turun ke bawah untuk membeli sebungkus maggie atau turun ke parking untuk mengambil barang.

face11.jpg

(v) Banyak aduan telah telah dikemukakan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDP) melalui pelbagai platform sama ada melalui emel atau form aduan. Maklumbalas terakhir yang diterima pada tahun lepas hanya menyatakan bahawa PDP telah melakukan lawatan ke pejabat pengurusan Shaftsbury Putrajaya dan menungu pihak pengurusan mengemukakan dokumen berkaitan.  

Sehubungan itu petisyen ini dibuat bagi membantah tindakan pengurusan kediaman yang dianggap tidak beretika kerana menghalang pemilik atau penyewa untuk memasuki kediaman bermula pada 13 Mac 2021 hanya kerana mereka tidak mahu mendaftarkan wajah mereka di sistem Face Recognition Scanner.

face3.jpg

Gambar: Pengawal Keselamatan Mula Menghalang Kemasukan Pemilik/Penyewa Selain Daripada Menyahaktif Tiang Akses Kad. 

Selain itu juga petisyen ini diharapkan dapat menghalang mana-mana pengurusan kediaman lain yang ingin melaksanakan perkara yang sama tanpa mendapat persetujuan daripada pemilik atau penyewa.      


Pemilik Kediaman Shaftsbury Putrajaya    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

By signing, I authorize Pemilik Kediaman Shaftsbury Putrajaya to hand over the information I provide on this form to those who have power on this issue.







Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Learn more...