Kerosakkan lif di PPR Sentul Murni
merujuk perkara di atas, kami penduduk penduduk di PPR Sentul Murni, ingin menyatakan kekecewaan kami atas kerosakkan lif yg seringkali rosak menyebabkan kesukaran bagi penduduk disini menjalani rutin harian.
1.Walaupun penyelengaraan di lakukan oleh "sword" , namun lif akan kembali rosak. adakala ketiga tiga lif tidak berfungsi menyebabkan kesukaran yang amat terutama bagi golongan warga emas, ibu mengandung,ibu perpantang,oku fizikal dan kanak-kanak untuk turun naik ke rumah masing-masing.Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, bangunan PPR Sentul Murni ini mempunyai 24 tingkat dimana setiap tingkat ada penghuni. Bukan setakat itu sahaja, kadangkala kami ibu bapa terpaksa tidak hantar anak-anak ke sekolah akibat kerosakkan kesemua lif.
2.kami berharap isu ini dipandang serius oleh pihak Tuan/Puan memandangkan lif adalah satu keperluan yang sangat penting bagi penduduk untuk kegunaan setiap hari.Kami jugak ingin menekan disini bahawa kerosakan lif ini bukan berlaku sekali atau dua tetapi sangat kerap berlaku dan kerosakkan melibatkan kesemua lif adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.
3.kami penduduk PPR Sentul Murni, sangat berharap pihak yang berkuasa dapat membuat pantauan sendiri ke lokasi kami dan mengambil tindakan secepat yang mungkin sebelum perkara ini berpanjangan atau menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
sekian terima kasih
siti nadiah Hubungi pencipta petisyen
Penulis petisyen ini telah menutup petisyen. |