PERMOHONAN PEMBINAAN JEJANTAS DI HADAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN CHEPOR, IPOH

PERMOHONAN PEMBINAAN JEJANTAS DI HADAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN CHEPOR, JALAN JELAPANG, CHEMOR, PERAK

Kami mewakili penduduk di kawasan Chepor, Klebang, dan Meru, ingin mengemukakan permohonan bagi pembinaan jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Kebangsaan Chepor, Jalan Jelapang, Chemor, Perak.

Untuk makluman, Sek. Keb. Chepor ini terletak di jalan utama dan jalan ini merupakan aksess utama penduduk untuk ke pelbagai destinasi. 

Setiap hari, laluan utama di hadapan sekolah ini mengalami kesesakan lalu lintas yang sangat teruk, berpunca daripada kepadatan penduduk serta kedudukan sekolah yang terletak di bahu jalan utama.

Sebilangan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dengan motosikal terpaksa menggunakan jalan alternatif yang tidak selamat, termasuk melawan arus (one-way), kerana jarak untuk membuat pusingan U (U-turn) sejauh hampir 2 kilometer dari sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing.

Selain itu, turut dilihat ibu bapa membawa anak kecil bersama pelajar melintas di jalan utama empat lorong (4-lane) untuk ke sekolah. Terdapat juga pelajar yang melintas sendirian tanpa pengawasan orang dewasa.

Pelbagai alternatif digunakan untuk menghantar anak ke sekolah, namun ada diantaranya berisiko tinggi dan mengundang kepada kemalangan. 

Justeru itu, kami berharap dengan adanya jejantas ini, kesesakan aliran trafik dapat dikurangkan kerana sebahagian pelajar boleh melintas dengan selamat tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kenderaan. Berbeza dengan keadaan sekarang, akses ke sekolah ini hanya boleh menggunakan kenderaan sahaja atau melintas di jalan utama 4 lane yang berisiko tinggi kemalangan. 

Kami amat berharap agar permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak YB dan pihak berwajib, memandangkan ianya merupakan keperluan semasa yang mendesak. Segala kerjasama dan keprihatinan YB dalam mempertimbangkan perkara ini amat kami hargai, dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Tandatangan Petisyen Ini

Dengan menandatangani, saya menerima bahawa Humaira akan dapat melihat semua maklumat yang saya berikan dalam borang ini.


Kami perlu memastikan bahawa anda adalah manusia.

Saya memberi keizinan untuk memproses maklumat yang saya berikan pada borang ini untuk tujuan-tujuan berikut:




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Ketahui lebih lanjut...