BANTAHAN DEED OF MUTUAL CONVENANTS (DMC) PPAM RESIDENSI AMANSURI OLEH PEMAJU (KIRANA KEMAJUAN SDN. BHD.)

Kami Pembeli PPAM Residensi Amansuri Kuala Lumpur memasukkan Petisyen ini untuk membantah, tidak bersetuju dan / atau menolak Deed Of Mutual Convenants (selepas ini disebut "DMC") yang dikemukakan oleh Pemaju (Kirana Kemajuan Sdn. Bhd.) sebagai syarat mandatori untuk membeli Projek PPAM Residensi Amansuri berikutan:-

 1) Kami telah dikelirukan dengan menandatangan DMC yang diselit semasa menandatangani Sales & Purchase Agreement untuk pembelian PPAM Residensi Amansuri tanpa kami sedari.

2) DMC yang dikemukakan Pemaju adalah bersifat paksaan dan bukan dengan persetujuan, kerelaan dan suci hati kami.

3) Kandungan DMC tersebut bersifat berat sebelah dan memberi kuasa paksaan yang dilihat rela kepada pemaju untuk mengutip, membelanja, mengurus dan mentadbir dana Kumpulan Wang Penyelenggaraan sesuka hati tanpa kelulusan Pembeli, Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan. 

4) DMC tersebut bersifat mengenepikan dan tidak menghormati undang-undang sediaada khususnya Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

5) DMC tersebut bersifat prejudis kepada Pembeli dan mengenepikan hak Pembeli dalam pengurusan premis berstrata kelak

6) Kami tidak perlukan syarat dan / atau ikatan tambahan berikutan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) khususnya Jadual Ketiga, Peraturan 5 dan Peraturan 8 pada Akta tersebut telah lengkap dan sempurna untuk dipatuhi oleh Pembeli, Pemaju dan semua pihak berkaitan.

Justeru, kami mohon campur tangan Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perumahan Negara, Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan dalam perkara ini yang kami lihat, Pemaju cuba mengambil kesempatan dan memprejudiskan Pembeli yang pertama kali memiliki dan / atau membeli rumah.

Sekian, terima kasih.

 

KESATUAN PEMBELI

Projek PPAM Amansuri,
Bandar Sri Permaisuri,
Kuala Lumpur


Kesatuan Pembeli PPAM Residensi Amansuri, Kuala Lumpur    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

Dengan menandatangani, saya menerima bahawa Kesatuan Pembeli PPAM Residensi Amansuri, Kuala Lumpur akan dapat melihat semua maklumat yang saya berikan dalam borang ini.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.


Saya memberi keizinan untuk memproses maklumat yang saya berikan pada borang ini untuk tujuan-tujuan berikut:




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Ketahui lebih lanjut...