SOKONGAN UNTUK LEMANG TOKI MEMBINA JAMBATAN PEJALAN KAKI DARI TAMAN SULTAN ABU BAKAR KE TEBING SUNGAI VILLA TOKI, BENTONG PAHANG.

Lemang Toki, memohon sokongan peminat-peminat Lemang Toki untuk menyokong kelulusan pembinaan jambatan pejalan kaki bagi memudahkan laluan trafik pelanggan ke VILLA TOKI, NO. 69 Kampung Baru, 28700, Bentong, Pahang. 

Baru-baru ini Villa Toki telah diarahkan menamatkan semua operasi melibatkan perniagaan Nasi Lemak Tepi Sungai dan secara langsung menjejaskan perancangan Perniagaan Bufet Ramadan 2025 yang diperlukan untuk menampung gaji 115 Orang Pekerja To'ki Group sepanjang Ramadan. 

Ini kerana sepanjang Ramadan, 3 Cawangan Lemang To'ki akan bercuti. Oleh itu To'ki Group memerlukan Bufet Ramadan di Villa To'ki bagi menampung kos operasi. 

Pihak Lemang Toki telah bersedia mengeluarkan dana untuk membina Jambatan dari Taman Sultan Abu Bakar ke seberang sungai Villa Toki. 

Tujuan pembinaan jambatan ini adalah untuk mengelakkan pelanggan Villa Toki masuk ke Kampung Baru Bentong dan menimbulkan rasa tidak selesa akibat bunyi kenderaan keluar masuk. 

Kami merayu pelanggan-pelanggan Lemang Toki & Villa Toki untuk membantu jihad ekonomi kami ini. 

Kami akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih. 

Tandatangan Petisyen Ini

Dengan menandatangani, saya menerima bahawa Villa To'ki akan dapat melihat semua maklumat yang saya berikan dalam borang ini.

Kami tidak akan memaparkan nombor telefon anda secara umum dalam talian.


Saya memberi keizinan untuk memproses maklumat yang saya berikan pada borang ini untuk tujuan-tujuan berikut:
Saya memberi kuasa kepada Villa To'ki untuk menyerahkan maklumat yang saya berikan dalam borang ini kepada pihak berikut:




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Ketahui lebih lanjut...