REFERENDUM RESET NEW FEDERATION @ TETAPKAN SEMULA PERSEKUTUAN BARU.

TUJUAN REFERENDUM. 

1:Menetapkan semula Persekutuan Malaysia yang sebenarnya rakan kongsi sama taraf dengan Persekutuan Malaya bergabung membentuk Persekutuan Malaysia dan bukannya bergabung membentuk persekutuan Malaya dan menjadi negeri ke 12 dan ke 13 dan mengembalikan semula pulau Labuan kepada Sabah. 

2: Membuat semula perjanjian baru untuk menggantikan Perjanjian Malaya1963 yang sudah batal dan tidak sah (null and void) setelah Singapura Keluar daripada Persekutuan Malaya pada 1965 sekiranya Sabah dan Sarawak masih bergabung dengan Persekutuan Malaya. 

3: Membatalkan perjanjian PDA akta perjanjian petroleum yang melanggar 20/18 perkara seperti mana yang di sediakan oleh IGC report kerana malaya telah meluaskan sempedan laut Antarabangsa Sabah dan Sarawak untuk mengambil kuasa minyak dan gas yang menjadi  perlindungan hak-hak Sabah dan Sarawak. 

4: Mengiktiraf dan menghormati kemerdekaan Sabah dan Sarawak dan menukar bendera baru kepada bendera Malaysia yang sebenar 3 negara membentuk Persekutuan Malaysia dan mengubah kedudukan Sabah dan Sarawak daripada negeri ke 12 dan ke 13 dengan memindah semula perlembagaan mengikut kehendak Sabah dan Sarawak. 

5: Memulihkan semula system politik dan Pentadbiran Sabah dan Sarawak yang mempunyai kementerian sendiri dan menghormati pilihan raya masing-masing seperti mana yang telah di syorkan dalam IGC report 20/18 perkara supaya Parti-Parti daripada Malaya tidak boleh masuk bertanding 0di Sabah dan Sarawak. 

KESIMPULAN. 

Apa yang rakyat Sabah dan Sarawak mahukan sekarang adalah, supaya kerajaan pusat memanggil semula kerajaan Sabah dan Sarawak bagi berunding untuk menetapkan semula satu Persekutuan baru dan menetapkan semula sumbangan 5% hasil minyak dan gas untuk kerajaan pusat untuk pentadbiran dan 95% adalah milik Sabah dan Sarawak kerana minyak dan gas adalah milik muktamad Sabah dan Sarawak dan membayar 40% revenue Kepada kedua-dua Negara dengan satu kali bayar bersama dengan tunggakan pungutan hasil cukai daripada Sabah dan Sarawak. 

 

 Perjanjian Malaysia 1963                                                 NULL & VOID Perlu di tukar baru.                               (Batal dan tidak sah) 


Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT)    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

By signing, I authorize Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT) to hand over the information I provide on this form to those who have power on this issue.







Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Learn more...