MEMOHON PENGECUALIAN PEMANDU PELANCONG UNTUK WARGA TEMPATAN DAN MENGURANGKAN KADAR SAMAN
- Mengecualikan pemandu pelancong bagi pelancong warga tempatan yang memegang kad pengenalan yang menggunakan bas dan van persiaran ke seluruh Malaysia. Mereka telah didedahkan dengan sejarah, adab dan budaya. dari sekolah rendah sehingga ke peringkat tertinggi. Jadi mereka telah tahu tentang sejarah Malaysia. Contohnya, rombongan orang kampung ingin ke Pulau Redang, Rantau Panjang Kelantan, Wakaf Che Yeh Kelantan, Padang Besar Perlis, Nilai Negeri Sembilan pihak syarikat bas tidak ada masalah untuk memohon pengecualian pemandu pelancong di Tourlist untuk permohonan point to point. Yang menjadi masalah di waktu perjalanan balik, rombongan akan merayu untuk pergi ke Pasar Payang dan Solat di Masjid Kristal. Disini sudah melencong dari permohonan di Tourlist. Kami sebagai pengusaha bas menjadi serba salah bila tidak dapat menunaikan permintaan mereka disebabkan tempat ini telah diwartakan pusat pelancongan.
- Memperlahankan sekatan pemeriksaan untuk sementara waktu sehingga perbincangan dengan Kementerian Pelancongan selesai.
- Memansuhkan terus penggunaan guide bagi membawa rombongan sekolah, universiti dan guru-guru.
- Mengurangkan kadar saman yang tidak wajar dengan kadar saman RM7,000.00 sehingga RM50,000.00 atau penjara maksimum 2-3 tahun atau kedua-duanya.
- Kami sebagai rakyat Malaysia tiada eksklusif hak lawatan didalam Negara sendiri, seolah-olah kami warga asing.
Pertubuhan Pengusaha Bas Anak Terengganu Hubungi pencipta petisyen