BANTAHAN PERMOHONAN TANAH DESA 320 EKAR DI KAWASAN NABAWAN OLEH YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSIN

Merujuk kepada notis Jabatan Tanah dan Ukur bertarikh 6 Mac 2023 yang dipamerkan di Papan Kenyataan Pejabat Tanah Daerah Nabawan. Dengan butiran:

 

Bil Pemohon              : 20-23150247

Nama Pemohon         : Abdul Ghani  Bin Mohamed Yassin

Alamat Pemohon       : (Tidak dinyatakan)

Luas Dipohon            : 320 Ekar

Letak/Tempat           : Nabawan

Tujuan permohonan  : COW FARMING

 

Kami masyarakat di kawasan N. 46 Nabawan mengaspirasikan patisyen ini untuk membuat bantahan, tidak bersetuju atau menolak permohonan penama di atas iaitu Abdul Ghani  Bin Mohamed Yassin berdasarkan kepada justifikasi berikut.

1) Kami memikirkan lebih ramai masyarakat Nabawan yang memerlukan tanah untuk generasi akan datang. Mereka sedang menduduki tanah berstatus SKIM yang menjadi milik kerajaan dan menyukarkan mereka membuat sebarang aktiviti ekonomi secara bebas. 

2) Pemohon bukan orang asal daerah Nabawan.

3) Kandungan permohonan tersebut dipaparkan dengan cepat permohonan diterima pada 2 mac 2023 dan dipaparkan pada 6 Mac 2023. Masyarakat yang pernah memohon tanah terpaksa menunggu selama bertahun-tahun untuk dipertimbangkan dan diluluskan. 

4) Permohonan tersebut bersifat mengenepikan dan tidak menghormati hak masyarakat penduduk daerah Nabawan yang lebih layak dan bekeperluan memohon tanah tersebut. 

5) Pemohon mengambil kesempatan atas dasar kapasiti seorang ADUN N.46 Nabawan untuk membuat permohonan dengan kawasan yang luas. Sepatutnya sebagai seorang ADUN pemohon membantu masyarakat mendapatkan tanah atau mengeluarkan tanah-tanah mereka daripada status tanah SKIM dan bukan memonopoli tanah di kawasan Nabawan. 

Justeru, kami mohon campur tangan semua masyarakat untuk bersatu hati mempertahankan tanah yang ada. Kami mohon campur tangan pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan dalam perkara ini untuk membuat pembatalan secepat mungkin sebelum 7 April 2023

Sekian, terima kasih.


Masyarakat N. 46 Nabawan    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

Dengan menandatangani, saya menerima bahawa Masyarakat N. 46 Nabawan akan dapat melihat semua maklumat yang saya berikan dalam borang ini.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.


Saya memberi keizinan untuk memproses maklumat yang saya berikan pada borang ini untuk tujuan-tujuan berikut:




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Ketahui lebih lanjut...