RAYUAN DAN HARAPAN KAKITANGAN KONTRAK JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

Perbincangan

#2802

nowadays is very hard to find new job..

(kuala lumpur, 2018-12-04)

#2805

PLKN SANGAT BERKESAN DALAM MEWUJUDKAN SEMANGAT SUKARELA DALAM DIRI DAN MEWUJUDKAN SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN MASYARAKAT DI NEGARA INI .SELAIN ITU ,KAKITANGAN KONTRAK JUGA DAPAT MENYARA KELUARGA MEREKA SEKIRANYA MEREKA DI BERI PEKERJAAN SEMULA.

(KOTA BELUD, 2018-12-04)

#2806

Menyokong agar kerjaya para jurulatih dan staf kontrak jlkn diteruskan.

(Kampar, 2018-12-04)

#2807

Plkn is the best place

(Selangor, 2018-12-04)

#2808

Saya OKU pendengaran dan tidak berpeluang menyertai PLKN. Saya melihat PLKN sangat bagus. Warga PLKN sangat cemerlang Dan perlu dihargai

(BESUT, 2018-12-04)

#2810

PLKN is great for many races in Malaysia. PLKN educates someone to be more disciplined, motivated, nurturing the spirit of friendship and others.

(Kampung Gajah, 2018-12-04)

#2812

Untuk membela nasib nasib kakitangan kerajaan kakitangan kontrak JLKN, dan TLKN

(Sabah, 2018-12-04)

#2814

This program is good for young generation...to defence u country to love n to known about other race culture

(Semenyih, 2018-12-04)

#2815

Saya rasa tidak wajar jika PLKN diberhentikan,banyak manfaat yang dari program ini.Saya merupakan bekas pelatih PLKN dan banyak kebaikkan yang saya dapat terutama dalam membina jati diri & semangat cintakan negara.

(Melaka, 2018-12-04)

#2816

Kerana saya salah seorang daripada ribuan jurulatih plkn yg bakal ditamatkan kontrak pada hujung 31 disember 2018 dan kerjaya ini merupakan satu-satu nya mata pencarian dan pendapatan bagi menampung kehidupan saya sekeluarga,ini merupakan HARAPAN seorang anak,HARAPAN seorang suami,HARAPAN seorang bapa dan HARAPAN seorang rakyat MALAYSIA tanah tumpah darah-ku

(Ayer Hitam,Johor, 2018-12-04)

#2819

Plkn tempat melatih generasi muda yg sangat berkesan. Harap dpt diteruskan supaya generasi PH lebih bersifat patriotisme.

(Raub, 2018-12-04)

#2821

Saya akan tandatanganinya kerana PLKN banyak memberikan kesedaran kepada pelatih. Banyak nilai-nilai murni dapat diperolehi melalui program ini. Pelatih bukan sahaja didedahkan kepada nilai kenegaraan malah juga kerohanian, aktiviti sukan dan sebagainya. Dalam erti kata lain, semua dapat dipelajari dalam program ini. Selain itu, jurulatih dan guru-guru yang baik dan positif sepanjang program. Mereka semua adalah yang terbaik. Terimalah permohonan mereka kerana mereka mampu mendidik, menjaga, amanah, bertanggungjawab dan berdedikasi.sekian.

(Lahad datu, 2018-12-04)

#2822

Untuk masa depan keluarga kami

(MELAKA, 2018-12-04)

#2824

Saya memberi cadangan untuk meneruskan plkn ini kerana ia memberi manfaat dan faedah kepada pelajar lepasan spm... Plkn ini juga dapat mengukuhkan lagi perkauman kita..

(Kuching,sarawak, 2018-12-04)

#2825

Hamizan

(KUCHING, 2018-12-04)

#2826

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya Azlina binti Samsudin telah berkhidmat sebagai jurulatih PLKN selama 8 tahun. Saya merayu kepada pihak kerajaan agar mempertimbangkan rayuan pihak Kami, jurulatih dan staff kontrak jlkn kerana inilah sumber pendapatan kami. Persaingan dlm mencr kerja masa kini, amat membimbangkan kami kerana komitmen untuk menyara keluarga,membayar hutang ptptn dan sebagainya.Disamping itu, dengan pengalaman dan pengetahuan yg ada, saya percaya Kami jurulatih PLKN mampu memimpin dalam menggerakkan generasi Muda masa kini dgn membentuk nilai yg unggul kearah kecemerlangan masa depan negara.

(Bintulu Sarawak, 2018-12-04)

#2828

Ex staff JLKN..

(Cheras, 2018-12-04)

#2829

PLKN is important for us to build our self confidence n make us more tough to face everything . It is also can help other people to get a job as a helper there

(Kedah, 2018-12-04)

#2832

Saya akan tandatanganinya kerana saya pernag terlibat dengan program latihan khidmat negara siri 1/2018 pada januari 2018 . Kem plkn telah banyak memberi pengalaman untuk menjadi seorang yang lebih berani dan menjaga kemakmuran negara

(Nusajaya johor, 2018-12-04)

#2835

Kakitangan kontrak JLKN telah memberi khidmat yang sangat cemerlang. Mereka seharusnya diberi peluang pentadbiran kerajaan.

(BESUT, 2018-12-04)

#2836

Berharap pelbagai jenis program dianjurkan di setiap negeri tidak mengira kaum ,agama, latar belakang dan kepercayaan dimana saja rakayat berada agar terus sejahtera dan aman damai.Ini juga dapat membantu generasi akan datang supaya kehidupan mereka terbela dan bernasib baik serta memudahkan mereka mencari pekerjaan.

(Bintulu Sarawak, 2018-12-04)

#2838

I want my lovely PLKN teacher can get a job

(BUKIT MERTAJAM, 2018-12-04)

#2839

program ini sangat baik untuk memupuk perpaduan kaun di Malaysia..Teruskan khidmat para jurulatih yg berpengalaman dalam mbentuk perpaduan yg lebih mantap.

(KOTA KINABALU, 2018-12-04)

#2840

Plkn is such a good program to teenagers nowadays to enhanced the spirit of patriotism among them. With the various modules in plkn, it can develop characteristics among the teenagers and instill the spirit of volunteerism. The modules in plkn,are not been teaching in school. For me, the most important to remain PLKN is to Enhance unity among the multi-racial communities in the country. Please bring back the PLKN. Its such a good program to our young generation.

(Kuala pilah, 2018-12-04)

#2842

Saya bekas jurulatih PLKN selama 3 tahun

(Bintulu, 2018-12-04)

#2844

I'm signing because, im feel very sorry to hear that my friends will terminate their job sooner. They need job to earn money for their family. Please give them a chances to get involve in any part of government.

(Kuala Lumpur, 2018-12-04)

#2846

Im signing because most plkn instructors have commitments such as having loan lessons, personal loans, home, cars etc .. the age factor is difficult to get a job .. usually
employers choose workers aged 25-30 years old

(Ampang, 2018-12-04)

#2849

Im signing because for me PLKN is a good platform for youth to know their potential and give a confidence for them to speak on public. Many of my friends always give a good feedback whenever i asked them about PLKN. With this, I hope PLKN will continue

(Perak, 2018-12-04)

#2851

Help them

(Cheras, 2018-12-04)

#2852

Saya sign petisyen ni kerana kakak saya salah seorang staff plkn yg perlu bekerja untuk menyara anak yang masih bersekolah serta menjaga suaminya yg mengidap penyakit kanser. Saya berharap plkn dapat di teruskan.

(Sg petani, 2018-12-04)

#2853

Kerana mahu memperjuangkan nasib jurulatih kontrak..kerana pada saya tiada salah untuk diteruskan PLKN kerana banyak kebaikan yang remaja akan dapat..sebab nya saya pun dilahirkan dari PLKN..saya pernah menjadi PELATIH dan saya bangga menjadi seorang JURULATIH..

(Kuantan, 2018-12-04)

#2854

Saya pernah menyertai program latihan khidmat negara dan telah banyak memberi pengalaman yang memberi iktibar kepada saya

(Johor bahru, 2018-12-04)

#2855

Sahabat baik saya suami isteri akan hilang mata percarian demi membesarkan keluarga..

(Kuala lumpur, 2018-12-04)

#2858

Im signing because coach plkn deserves justice to continue living in the beloved country of malaysia

(Ampang, 2018-12-04)

#2861

Jangan abaikan rakyat malaysia

(Tawau, Sabah, 2018-12-04)

#2862

Saya memerlukan pekerjaan dan kemahiran serta pengalaman saya selama 13 tahun dalam sektor ini boleh diaplikasikan dalam perkhidmatan mana- mana jabatan yang bersesuaian

(Kota Bharu, 2018-12-04)

#2863

saya sayang jurulatih saya , saya tidak mahu mereka kehilngn kerja , sebab dia telah berbakti kepada saya dan pelatih-pelatih lain . kerana mereka kami berdisiplin , kerana mereka kami pandai menguruskan diri , kerana mereka kami dapat meningkatkan keyakinan diri . saya lakukan ini untuk sedikit sebanyak membalas jasa mereka kepada saya dan pelatih-pelatih lain . saya bermohon agar pihak puan/tuan dapat mempertimbangkannya.

(kuantan, 2018-12-04)

#2864

I want to support them. I love Malaysia.

(Kota Kinabalu, 2018-12-04)

#2867

Saya tandatangan nie, kerana PLKN merupakan asas kekuatan Dlm Pembinaan karakter belia n telah pun melahirkn belia2 yg mempunyai wawasan Dan sebagai jurulatih yg mgajar mereka, program nie perlu dibagunkn bkn dihentikn.

(Merlimau, 2018-12-04)

#2869

Saya menyokong PLKN ni harus diteruskan bagi membentuk sahsiah para remaja untuk menjadi warganegara yang berwibawa dan menyatupadukan semua lapisan masyarakat.

(Melaka, 2018-12-04)

#2870

Plkn telah melahirkan ramai ank muda yang berjiwa patriotik dan bersemangat dalam melakukan kebajikan.. Tanpa mengeluh kepenatan.. Tnpa plkn kami xakn jadi seperti hari ini... Mohon jgn dibubarkn plkn n jgn dipecat kakitangan plkn ni

(Pasir Mas, 2018-12-04)

#2874

Saya tanda tangan kerana bagi saya PLKN banyak memberi manfaat kepada remaja, dapat membantu para remaja berfikir dengan lebih matang, berdikari. Dapat membantu bangsa dan negara.

(Jerteh, Terengganu, 2018-12-04)

#2876

kerana PLKN banyak membentuk anak muda untuk cintakan negara, mengajar erti kerjasama dan kemaufakatan

(kuantan , 2018-12-04)

#2878

Membela hak pekerja JLKN

(Melaka, 2018-12-04)

#2880

Bersimpati dengan kakitangan PLKN yang terlibat. Jawatan kontrak bagi senua jabatan sepatutnya dimansuh terus, dan diganti menjadi jawatan tetap. Kesian dengan nasib mereka yang dah bekerja bertahun2.

(JELANTAN, 2018-12-04)

#2881

Do not want to terminate the all staffs.

(Muar, 2018-12-04)

#2883

Keperluan untuk kelangsungan hidup untuk staf kontrak jabatan latihan khidmat negara

(Kuala Lumpur, 2018-12-04)

#2885

Memohon pihak yang berkenaan membuat penyambungan kontrak untuk kami bagi meneruskan kelangsungan hidup kerana kos sara hidup yg tinggi pada masa kini.

(Kota bharu, 2018-12-04)

#2886

Supaya rakyat Malaysia tidak menjadi penganggur. Mereka dapat menyara diri dan keluarga mereka

(PAHANG, 2018-12-04)

#2887

I sign this petition because they are my teacher who teach me to be a leader now ! Please give them to be a part of you in this government area.

(Ipoh, 2018-12-04)

#2889

Saya sokong

(Kuantan, 2018-12-04)

#2890

Diharapkan staff jlkn dibela dan dapat diserapkan ke mana-mana jabatan mengikut kepakaran.

(negeri sembilan, 2018-12-04)

#2891

Mohon bantuan serta jasa baik Tun M untuk membuat penyerapan ke jabatan serta agensi kerajaan.besarlah harapan kami sebagai jurulatih untuk dapat bantuan ini. Saya juga seorang anak yg menyara keluarga serta seorang ibu yang mencari rezeki untuk 5 orang anak yang bersekolah dan masih kecil .pekerjaan ini adalah punca rezeki kami sekeluarga.besarlah harapan saya untuk tun membela nasib kami ini....moga ALLAH S.W.T membalas pertolongan yg diberikan

(Sabah, 2018-12-04)

#2898

Harap isu ini dapat dipandang serius oleh pihak tuan demi masa depan warga PLKN khususnya..mereka mempunyai tanggungan yang perlu disara..

(Bandar Pusat Jengka, 2018-12-04)

#2899

saya salah seorang dari bekas pelatih khidmat negara. melalui program tersebut banyak yang saya pelajari daripada program tersebut. saya mengesyorkan program ini dilanjutkan untuk di masa hadapan negara.

(Tanah Merah, 2018-12-04)

#2901

Meraka adalah tenaga mahir yang telah lama berkhidmat

(Kuala Lumpur, 2018-12-04)

#2902

kerana tak mahu mereka hilang mata pencarian

(JELI, 2018-12-04)

#2903

I'm plkn alumnus and I'm here to support my former trainers and teachers

(Terengganu , 2018-12-04)

#2904

TOLONGLAH JANGAN BERHENTIKAN MEREKA

(TANAH MERAH, 2018-12-04)

#2905

Kekalkan peluang pekerjaan mereka

(Kuching, 2018-12-04)

#2908

Kerana saya adalah keluarga PLKN

(Kuala Lipis, Pahang, 2018-12-04)

#2910

Mohon staf dan jlatih kontrak JLKN di beri peluang dan disambung kontrak spt yg di beri kpd staf kontrak SPAD, JASA, KEMAS dan BTN

(Lahad Datu, 2018-12-04)

#2912

Sokongan penuh terhadap petition ini memandangkan semua staf dan jurulatih PLKN ini telah lama berkhidmat dan ada tanggungan. Mohon perhatian yang serius dari pihak yang berkenaan agar mereka semua diserapkan ke jabatan yang lain..

(Jitra, 2018-12-04)

#2913

Plkn tidak wajar dihapuskan. Kerana melalui plkn, semangat Dan jati diri saya meningkat sekali gus menjadi rakyat Yang sayang Akan negara

(KUALA KURAU, 2018-12-04)

#2914

Satu program yg dapat menggabungkan semua kaum Di Malaysia...

(KUANTAN, 2018-12-04)

#2915

saya mnyokong jika semua staff dan jurulatih JLKN diserap ke agensi yang lain...jangan menindas mereka...kami warga PLKN merayu

(Seri Kembangan, 2018-12-04)

#2916

Pada saya tiada buruk dan salahnya PLKN ini diwujudkan. Amat saya tidak setuju sekirannya PLKN ini di mansuhkan. Pemansuhan PLKN Ini memberi kemudaratan semua pihak termasuk jurulatih dan semua staf. Andai pemansuhan PLKN ini melibatkan campur tangan POLITIK, ianya haruslah dibetulkan seperti mana janji kerajaan untuk membersih semua perkara yang tidak betul dibawah pemerintahan dahulu. Saya ,abang saya serta adik saya sebagai bekas SUKARELA Pelatih PLKN sebelum ini sangat beruntung kerana dengan wujudnya PLKN ini memberi 1001 peluang kejayaan dimasa hadapan serta memberi jati ini yang amat tinggi dalam kehidupan. Apakah nasib JURULATIH dan Staf yang sekarang ini telah kehilangan mata pencarian yang selama ini tunjang dalam keluarga mereka?. Apakah nasib mereka yang akan datang sekiranya mempunyai anak ramai dan masih bersekolah?. Apakah nasib mereka sekiranya masih mempunyai hutang?. Apakah jaminan kerajaan untuk membantu mereka ini untuk meneruskan kelangsungan hidup?. Di mana janji kerajaan untuk menyerap mereka di dalam KBS. Adakah sekadar janji yang akan mengaburi mata masyakat untuk menampakan kononnya nasib mereka ini terbela. Dengan wujudnya Briged Sukarela Khidmat Negara (BSKN) setiap negeri yang dianggotai oleh bekas pelatih PLKN telah menampakkan bahawa setiap ajaran,teguran dan nasihat sepanjang berada di dalam PLKN itu telah membuktikan anak muda telah disatupadukan tanpa mengira agama dan bangsa yang sentiasa diterapkan kepada semua rakyat Malaysia. Kembalilah membela Nasib mereka ini dan mewujudkan semula satu program atau aktiviti yang berguna kepada anak bangsa. Apakah anda semua yang membuat keputusan memansuhkan PLKN ini telah menjalani atau memasuki kem PLKN selama kurang lebih 3 bulan melihat bagaimana mereka ini yang langsung tidak terlibat dengan permasalahan politik dalam pentadbiran terdahulu mendidik dan dididik?. Apakah anda tidak tahu apa yang diingini oleh mereka ini untuk menambahbaik tentang perlaksaan PLKN ini andai kata Kerajaan yang BAHARU ini mentadbir Malaysia?. Andai kata Keputusan memansuhkan PLKN bagi kerajaan sekarang adalah tepat dan tidak melibat pihak lain, bagi saya anda silap. Keputusan memansuhkan PLKN dengan mengambil tahu apa nasib yang bakal mereka terima dan ada jalan untuk membantu dan dibela, itu adalah yang paling tepat. Keputusan Pemasuhan PLKN dan diletakkan dibawah KBS haruslah dengan segera membela dan melakukan sesuatu untuk mereka ini. Cadangan kepada pihak KBS mewujudkan satu progam yang amat berguna kepada belia diluar sana amatlah disokong dan seharusnya segera diwujudkan.

(GURUN, 2018-12-04)

#2917

Sebab PLKN sangat bagus untuk pelajar lepasan spm bagi meningkat keyakinan diri dan integriti

(Sungai petani, 2018-12-04)

#2918

Membela nasib kakitangan kontrak yang telah lulus untuk ambilan SPA dan JPA jika agensi tersebut mempertimbangkan menggunapakai pekerja kontrak kerajaan yang berpengalaman. Tidak perlu lagi membazir wang rakyat untuk membuat temuduga memilih calon lagi.

(Wangsa Maju, 2018-12-04)

#2922

Mohon jaga kebajikan mereka

(Kuala Lumpur, 2018-12-04)

#2923

Program ini dapat membantu remaja sekarang erti kemasyarakatan dan erti persahabatan.

(Kuantan, 2018-12-04)

#2925

Saya harap menteri KBS dapat menunaikan janji untuk membela nasib semua jurulatih PLKN demi untuk kelangsungan hidup.. JANJI MESTI DIKOTAKAN.

(GURUN, 2018-12-04)

#2926

Kakak dan abang saya telah berkhidmat selama 11 tahun sebagai jurulatih PLKN. Mohon teruskan perkerjaan mereka kerana itu adalah mata pencarian mereka

(Penang, 2018-12-04)

#2927

Tidak bersetuju PLKN dibubarkan. Sesuai untuk remaja dan perpaduan antara kaum. Mendidik remaja berdikari, menghargai masa tenaga dan setia kepada raja/negara.
PLKN mengajar remaja bersiapsedia demi negara.
Beri peluang kepada pekerja JLKN untuk bekerja menyarakeluarga

(Melaka, 2018-12-04)

#2928

Anak saya bekerja lama dalam plkn...hilang punca pendapatan... plkn banyak membantu anak muda zaman sekarang....diharap dapat mempertimbangkan semula tntg program ini...

(Negeri sembilan, 2018-12-04)

#2929

Saya bekas pelatih di kem plkn mesapol sipitang. Saya amat menyukai program ini kerana memberi manfaat dan pengalaman yang berfaedah kepada saya. Mengajar saya erti berdikari dan memupuk semangat patriot dalam diri saya. Saya harap program ini dapat diteruskan.

(Kota Kinabalu, 2018-12-04)

#2930

Selamatkan kepakaran jurulatih bina insan PLKN

(Kota Kuala Muda , 2018-12-04)

#2935

Anak saya dah lama bekerja dlm plkn...hilang punca pendapatan...diharap boleh mempertimbangkan program ini semula...

(Negeri sembilan, 2018-12-04)

#2936

plkn adalah medan penyatuan pelbagai kaum..melalui plkn pelatih tidak kira ,agama,bangsa akan bersatu padu dalam mempelajari tentang kenegaraan..bagi saya,plkn perlulah di teruskan n para jurulatih kontrak hendaklh di sambungkan kontraknya bagi menjayakan lagi program yang terbaik seperti plkn ini...

(MELAKA, 2018-12-04)

#2938

Saya merupakan bekas pelatih PLKN

(Pontian, 2018-12-04)

#2940

Saya bekas pelatih PLKN KEM WAWASAN PAPAR SABAH DAN MERUPAKAN AHLI BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA. PLKN DAN BSKN banyak mengajar saya erti sukarelawan dan Pembinaan jati diri.

(Sabah, 2018-12-04)

#2941

memohon agar diberi peluang untuk tidak diberhentikan kerja sehingga hilang mata pencarian.

(Kelantan, 2018-12-04)

#2944

Plkn byk memberi saya pengalaman sepanjang menyertai aktiviti yang dijalankan. Memang bermanfaat.

(Pahang, 2018-12-04)

#2948

THIS PROGRAM IS VERY USEFUL

(BUTTERWORTH , 2018-12-04)

#2950

Diharap Kem Latihan Khidmat Negara ini dapat diteruskan agar dapat membentuk sahsiah diri generasi pada masa akan datang

(Melaka, 2018-12-04)

#2953

bagi pendapat saya program latihan khidmat negara ini saya berbaloi dan sangat berguna untuk remaja zaman sekarang

(kuala terengganu, 2018-12-04)

#2955

Humanely

(Gurun , 2018-12-04)

#2957

Mereka juga ingin menyara keluarga, menjalani hidup seperti orang lain.

(Yan , 2018-12-04)

#2959

because all the staff have their own family to take care

(Kajang, 2018-12-04)

#2961

Saya menyokong kontrak mereka disambung.

(MERBOK, 2018-12-04)

#2965

Saya perlu membayar hutang dan menyara anak yang semakin membesar

(BANTING, 2018-12-04)

#2970

Sambung kontrak mereka.

(Melor, 2018-12-04)

#2971

Menyokong sepenuhnya lantikan semula staff kontrak

(Bandar jengka, 2018-12-04)

#2972

PLKN BAGUS UNTUK MELAHIRKAN REMAJA YANG LEBIH BERDISIPLIN DAN DAPAT MENERAPKAN NILAI CINTA AKAN NEGARA DALAM DIRI REMAJA

(Sungai petani, 2018-12-04)

#2973

Saya akan tandatanganinya kerana... (saya ingin membantu semua kakitangan JLKN)

(papar, 2018-12-04)

#2976

kerana program plkn adalah baik utk anak muda, plkn juga berjaya membentuk sahsiah serta perpaduan sesama anak muda

(kota belud, 2018-12-04)

#2978

mohon kerajaan supaya mengambil tindakan segera terhadap permasalahan ini. kerana staf kontrak ini juga terlibat secara langsung dalam membantu melancarkan segala proses kerja perkhidmatan awam dan masyarakat

(kuala lumpur, 2018-12-04)

#2979

I dont want to lose my salary

(Segamat, 2018-12-04)

#2981

mengharapkan penggantian kerja yg setimpal dgn jawatan sy sbg s29

(sg petani, 2018-12-04)

#2984

I'm singing because this KEM PLKN give many positive thing to all PELATIH to be confident .

(Kuala lumpur, 2018-12-04)

#2986

Besar harapan kami sebagai jurulatih PLKN lantikan kontrak akan terus terbela.Rentetan daripada pemansuhan program PLKN ramai jurulatih akan kehilangan kerja kerana kontrak yang terakhir adalah pada 31hb Disember 2018. Kami sangat berharap agar pihak berkaitan khasnya Malaysia Baru ini dapat membela nasib kami sebagai jurulatih lantikan kontrak ini. Untuk pengetahuan pendapatan kebanyakan daripada kami adalah sebagai jurulatih PLKN. Kami telah bkhidmat lebih dr 5 tahun dan ada yang berkhidmat sejak tertubuhnya PLKN ini. Selama lebih 10tahun kami memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa tanpa mengambil kira perbezaan yang ada. Kami menjalani pelbagai kursus untuk memantapkan kebolehan dan pengetahuan kami.Selain itu, usia kebanyakan kami melebihi 35 tahun merupakan tahap maksimum untuk mencari pekerjaan dan kami tahu diluar sana kami perlu bersaing dengan graduan muda dan peluang untuk kami adalah sangat kecil memandangkan usia kami. Dengan sumber pendapatan sebagai Jurulatih PLKN kami menyara keluarga dengan pelbagai komitmen lain yang untuk membayarnya. Justeru, saya selaku Jurulatih PLKN sangat berharap agar ada sinar harapan kepada kami dan amat menghargai jasa baik serta pertimbangan yang sewajarnya dari kerajaan baru khususnya Malaysia Baru ini.

(SABAH, 2018-12-04)

#2987

Im signing because i do support this national service programme. It give me a lot of experience that i think i would never had if im not going for this national service. This programme taught me to be independent, how to confront with a lot of people, knowing friends from all over the malaysia. Im pretty sure that PLKN will give a huge impact to nitizens and the most on point is to the youngster. Please keep on doing the national service. Thank you to all the teachers handling the plkn.

(Kuching , 2018-12-04)

#2991

Saya akan tandatangan petisyen ini kerana saya berasa dan yakin akan maklum balas yang positif daripada program latihan khidmat negara ini, dan ianya memberi banyak manfaat pada setiap pelatih dan juga kakitangan program latihan khidmat negara itu sendiri.

(Twmerloh, 2018-12-04)

#2992

Menyokong rayuan dan harapan kakitangan jlkn

(Jitra, 2018-12-04)

#2993

Utk masa depan sy&teman2 sperjuangan..

(Johor, 2018-12-04)

#2994

Saya sokong sambung kontrak staf plkn.

(Sik, 2018-12-04)

#2998

Give teenagers new experiences physical & mental and love their country

(Pahang, 2018-12-04)

#2999

Harap jurulatih Plkn dapat sambung kontrak dan di serap ke mana-mana jabatan kementerian.

(Selangor, 2018-12-04)

#3000

Sambung kontrak staf plkn

(Baling, 2018-12-04)