RAYUAN DAN HARAPAN KAKITANGAN KONTRAK JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

Kepada:           Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia

  Daripada:         Kakitangan Kontrak, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Aras 2-5 Bangunan Zetro, Jalan 9/27C Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 KUALA LUMPUR.   Tarikh:                          Disember 2018  

Yang Amat Berhormat Tun,  

RAYUAN DAN HARAPAN KAKITANGAN KONTRAK JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

1.           LATAR BELAKANG  

1.1       Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dicetuskan semasa YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri pada tahun 2003 dan mula beroperasi semenjak tahun 2004 berasaskan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Idea penubuhan ini telah dibincang dalam Kongres Patriotisme Negara yang dihadiri oleh semua Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat dari pihak kerajaan dan pembangkang.  

1.2       Selama tempoh 15 tahun pelaksanaan, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah melatih seramai lebih kurang 850,000 orang pelatih lepasan SPM dengan tiga (3) kali pengambilan setiap tahun kecuali pada tahun 2016, 2017 dan 2018 yang hanya melibatkan pengambilan seramai 20,000 orang pelatih setiap tahun. Seramai 2,139 orang pegawai lantikan     kontrak yang telah terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini. Pecahan adalah seperti berikut:  

BIL JAWATAN JUMLAH ORANG

1 Timbalan Komandan Latihan Gred N41 19

2 Pegawai Kesatria Gred S41 26

3 Penolong Pegawai Kesatria Gred S29 1088

4 Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 21

5 Pembantu Kesatria Gred S19 843

6 Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 49

7 Pembantu Tadbir Gred N19 93

JUMLAH 2,139  

1.3       Kejayaan program ini telah menerima maklum balas yang amat positif daripada ibu bapa pelatih dan masyarakat pelbagai kaum. Kesemua bekas pelatih telah mendaftar secara sukarela sebagai Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang telah digerakkan dalam kerja-kerja sukarela dan juga acara-acara rasmi seperti:

1.3.1   Pembawa bendera raksasa sempena Hari Kebangsaan;

1.3.2   LIMA di Langkawi;

1.3.3   Defence Services Asia (DSA);

1.3.4   Le Tour De Langkawi;

1.3.5   Sukan SEA;

1.3.6   Bantuan Pasca Banjir; dan

1.3.7   Pelbagai aktiviti kemasyarakatan (Khidmat Komuniti).

  1.4       Walau bagaimanapun, Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan PLKN pada 13 Ogos 2018. Sehubungan dengan pengumuman ini, seramai 2,139 orang staf kontrak JLKN bakal kehilangan pekerjaan. Jumlah ini     termasuk seramai 324 orang bekas tentera yang diberi peluang pekerjaan hasil dari penubuhan program ini.  

2.           OBJEKTIF

2.1       Memberi maklum dilema kerjaya kakitangan kontrak JLKN yang akan berakhir pada 31 Disember 2018.

2.2       Diserap bekerja di Kementerian/ Jabatan/  Agensi/ Badan Berkanun  yang lain; dan

2.3       Bersama memperkasa dan membangunkan Negara.  

3.           RASIONAL

3.1  Rentetan Pengumuman pemansuhan PLKN dan BTN, fungsi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)  telah diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Satu program baru akan dilaksanakan bagi menggantikan PLKN.

3.2  Perkhidmatan kontrak masih berbaki lebih kurang sebulan.

3.3 Kehilangan mata pencarian yang akan memberi kesan secara langsung kepada keluarga:  

3.3.1   Bertanggungjawab membesarkan anak-anak yang           purata masih kecil dan sedang bersekolah;

3.3.2   Bertanggungjawab menyara ibu bapa dan keluarga;

3.3.3 Terdapat pasangan suami isteri yang bekerja sebagai staf kontrak;

3.3.4 Komitmen pinjaman (perumahan, kenderaan dan     peribadi) termasuk Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN);

3.3.5  Kesukaran mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan swasta;

3.3.6  Had umur dan persaingan semasa; dan

3.3.7  Pelarasan pendapatan yang tidak setara dengan pengalaman dan kemahiran selama 15 tahun.

      4.           CADANGAN

       Disarankan supaya semua kakitangan kontrak di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) diserap ke jawatan di bawah Kementerian / Jabatan / Agensi  lain.     Besarlah harapan kami sebagai rakyat Malaysia Baharu, merayu dengan rasa rendah diri agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diberi perhatian yang sewajarnya demi kelangsungan kerjaya semua staf dan jurulatih kontrak JLKN.  


Kakitangan Kontrak JLKN    Hubungi pencipta petisyen