Tuntutan Penagguhan Konvokesyen Bagi Batch 10/11

WhatsApp_Image_2020-12-24_at_2.43_.33_PM_(1)_.jpeg

 

 

Daripada surat makluman pembatalan konvo dan tuntutan transkrip amat mendukacitakan siswa-siswi Batch 10/11. Hal ini kerana, Konvokesyen merupakan impian setiap mahasiswa bagi membuktikan kejayaan menamatkan pengajian selama tiga tahun. Tuntutan ini ditujukan kepada Pihak Pengurusan Politeknik Sandakan Sabah. Berikut alasan utama tuntutan Konvokesyen batch 10/11 ditangguhkan dan bukannya dibatalkan.

1. Yuran tuntutan transkrip hampir sama dengan yuran konvokesyen.

Yuran yang didikenakan untuk menuntut sijil tersebut adalah sebanyak RM 95.00 untuk tuntutan sendiri dan RM 110.00 bagi kiriman secara pos. Perlu dingatkan pihak Politeknik Sandakan Sabah sedar akan impak Covid 19 terhadap pendapatan isi rumah dan kesan ketara terhadap ekonomi seluruh dunia. Bukan semua mampu dalam saat getir ini, kalian mampu ibubapa dan siswa-siswi berhadapan waktu yang sukar. Adalah lebih baik yuran tersebut digunakan untuk majlis Konvokesyen akan datang.

2. Majlis Konvokesyen dibatalkan tetapi pengambilan Pelajar Baharu diterusakan.

Pandemik ini menyukarkan pelbagai pihak serata dunia, namun Pihak Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti masih meneruskan pengambilan pelajar baharu dengan SOP yang ketat. Jika pengambilan pelajar baharu boleh dilakukan dengan SOP yang telah dicipta, kenapa konvokesyen  tidak dilakukan mengikut SOP  serupa?. Pihak Pengurusan Politeknik Sandakan Sabah mempunyai kuasa untuk menentukan SOP pengambilan pelajar baharu dan SOP Konvokesyen.

3. Pelajar membayar yuran Konvokesyen.

Pelajar juga membayar yuran konvokesyen untuk pelajar sendiri. Hal ini tidak membebankan pihak Politeknik Sandakan Sabah.

4. Program Diploma hanya dua.

Sedangkan UMS yang mempunyai ribuan pelajar menanguhkan konvokesyen pada mac 2021 dengan seramai  4639 graduan. Batch 10/11 mempunyai graduan sebanyak, Batch 10, 81 orang dan Batch 11 seramai 194 orang sahaja. Jumlah keseluruhan 275 orang graduan sahaja. Kuasa merangka SOP terletak pada pihak Pengurusan Politeknik Sandakan Sabah bagi mencipta Majlis konvokesyen versi norma baharu.

 Setelah Petisyen ini ditandatangan , memorandum akan diserahkan kepada pihak Pengurusan Politeknik Sandakan Sabah.


Siswa-siswi Batch 10/11    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

Dengan menandatangani, saya menerima bahawa Siswa-siswi Batch 10/11 akan dapat melihat semua maklumat yang saya berikan dalam borang ini.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan maklumat ini secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan maklumat ini secara umum dalam talian.


Saya memberi keizinan untuk memproses maklumat yang saya berikan pada borang ini untuk tujuan-tujuan berikut:




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Ketahui lebih lanjut...