Bantahan Pembinaan Pangsapuri 24 Tingkat di Kampung Bukit Lanchong

Komen

#2

Kerana untuk membantah projek pembangunan tang bakal mengakibatkan banyak keburukan kepada penduduk Kampung Bukit Lanchong. Saya membantah sekeras kerasnya

MUHAMMAD NUR FAUZAN (2025-05-10)

#5

saya mengokong pembantahan projek ini yang akan memberikan kesan lebih buruk kepada kampung ini..daripada kebaikan nye...

sali khalid (2025-05-10)

#6

saya menyokong bg pembantahan projek ini dijalan kn di kampung ini

siti norain (2025-05-10)

#9

Saya setuju dengan bantahan ini

Mohammad shahidan bin samat (2025-05-10)

#10

KEREANA SAYA ANAK JATI KAMPUNG BUKIT LANCHONG, MENGEKALKAN KAMPUNG TRADISIONAL DAN JIKA PANGSAPURI DIBUAT AKAN MENDATANGKAN KACAU GANGGGU DAN MENGGANGGU GUGAT KESELAMAT PENDUDUK KAMPUNG..

MOHAMAD NUR FIRDAUS (2025-05-10)

#12

SAYA MENYOKONG BANTAHAN INI KERANA KETIDAKSUAIAN PEMBINAAN APARTMENT DIDALAM KAWASAN KAMPUNG DAN IANYA JUGA AKAN MENGHILANGKAN INDENTITI KAMPUNG INI SEBAGAI KAMPUNG TRADISI.

HASRULIZUAN BIN MOHD JONI (2025-05-10)

#13

BANTAH projek pangsapuri 24 tingkat.
Aan berlaku banjir,retak rumah,padat,sesak,bising jika terus pembangunan tapak kampung

Mohd syafiq bin Mohd ariffin (2025-05-11)

#20

Membantah sekeras kerasnya projek tersebut

Muhamad SyamsiAkmal Bin Mohd Jamri (2025-05-11)

#22

Saya anak jati kg tradisional ini

ALONGKING (2025-05-11)

#23

Banyak perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan bencana kepada penduduk kampung...
Dari segi keselamatan dan juga pelbagai risiko yang lain..
Selain itu pihak berwajib tidak berbincang dengan penduduk kampung terlebih dahulu tentang pembinaan pangsapuri 24 tingkat ini...

MUHAMMAD FAMIEY AIZAT BIN MAZLAN (2025-05-11)

#26

saya bantah !!! pembangunan melampau Condominium 24tingkat dibukit lanchong. banyak keburukan dari kebaikan.
mesti ada rundingan dengan orang kampung dahulu.
Selesaikan Masalah Banjir Dahulu!!

Ahmad Tajudin (2025-05-11)

#27

Saya menyokong pembantahan projek pembinaan pangsapuri 24 tingkat ini kerana akan mendatangkan kemudaratan pada penduduk kampung,ini dikeranakan kawasan ini adalah kawasan banjir.selain itu banyak lagi risiko lain.
Tiada pembincangan awal bersama penduduk.

Boy yeepi (2025-05-11)

#28

Saya tidak setuju kondo itu dibuat di kampung bukit lanchong

Hairul (2025-05-11)

#30

saya setuju tandatangan seperti sebab2 diatas.

NOR AFNIE YANTIE (2025-05-11)

#33

ZAID

AZROYROY (2025-05-11)

#35

ia akan menyusahkan pendududuk kampung dan kereta-kereta didalam kampung akan bertambah banyak dan kesesakan dalam kampung akan berlaku ,orang yang memikirkan keuntungan duit sahaja akan berfikir untuk terus membina bagunan ini u tuk dirinya bukan untuk orang ramai sebenarnya.

MUHAMMAD DHIYAURRAHMAN BIN NORDIN (2025-05-12)

#38

Mengganggu gugat ketenteraman, keselamatan kampung dan atas faktor keselamatan trafik.

Saifol Bahri (2025-05-12)

#39

Tiada sesuai bangunan tinggi di kampung tradisi

Nor Azian (2025-05-12)

#43

Ingin menjaga keharmonian kampung

Nashrullah (2025-05-12)

#44

kami membantah projek condo 24tingkat di kampung kami..siapa yang meluluskan projek ini di kampung kami?

mohd soba bin md jauhari (2025-05-12)

#47

Akan menjejaskan penduduk

Aidel (2025-05-12)

#48

Akan mengakibatkan sistem saluran air longkang yang teruk kerana longkang yang kecil yang boleh mengakibatkan kekerapan banjir

Muhammad Haziq (2025-05-12)

#51

Kerana saya tidak bersetuju pembangunan yang mega di dalam kampung saya

Fareez (2025-05-12)

#55

1-Tidak sesuai di kawasan kampung
2-boleh merosakan kawasan perumahan yang sedia ada

Murad b lon (2025-05-12)

#56

Saya akan tandatanganinya kerana tidak setuju dengan pembinaan ini.

Muhammad Hakimi bin Jasni (2025-05-12)

#61

saye membantah pembinaan tersebut

Ujang Power (2025-05-12)

#63

Ini satu idea yang bodoh,sungguh tidak patut mendirikan rumah setinggi 24 tingkat di dalam kampung,tentunya akan mendatangkan banyak masalah kepada orang kampung.

Muhammad izzat (2025-05-12)

#64

tidak mahu pembinaan pangsapuri 24 tingkat di teruskan kerana mengganggu penduduk kampung bukit lanchong

apiss (2025-05-12)

#65

Saya menyokong pembantahan pembinaan pangsapuri 24 tingkat demi keselematan penduduk sekeliling dan mengelakkan masalah banjir

Hairul Ikhwan (2025-05-12)

#69

pembinaan tersebut tidak releven sama sekali dibina dalam kawasan kampung ini kerana disekitar kawasan tersebut rumah yang ada terlalu rapat dengan sistem perparitan yang tidak lancar dimana seringkali terjadi banjir kilat sewaktu hujan lebat.penakungan air akan terjadi lebih cepat disekitar kawasan rumah rumah bersebelahan dan akan menjejaskan ketenteraman penghuni ketika,sewaktu dan selepas pembinaan dibuat.

zainal bin hassan (2025-05-12)

#70

Bantahan membuat rumah pangsapuri 24 tingkat . :sebab utama kampung kami bermasalah banjir berlarutan kerana salurang parit yang tidak dapat tampong rumah yang sedia ade ,dan akan datang kan masalah rumah kami yang berdekatan tapak projek retak atau roboh di sebab pailing dan tambakkan tanah projek itu.dan tapak tanah binaan itu pun berstatus masih dalam mohong kelulusan untuk bina bangunan 24 tingkat . Tertapi projek dah mula jalan , dan sekiranya projek itu dapat kelulusan jugak itu la projek pertama dalam kampung kami yg bina rumah berstatus bangunan pangsapuri 24tingkat . Kami bantah sekeras keras nya kerana kami yang merasa kesusahan mengalamin banjir di sebab kan sistem paritan . Sekiranya pihak tuan tanah atau masjib bandaran dapat buat satu pejumpaan untuk berbincang kami besedia untuk berikan cadangan yang lebih baik untuk semua peduduk kampung dan masyarakat semua . Lebih baik dan cadangan buat rumah taman atau banglo kami sokong dari buat pangsapuri 24 tingkat jangka 500 unit rumah yg akan dibina

Sahrulikmal (2025-05-12)

#71

Utk mengekalkan kg tradisi

Mohamad ramli b ahmad (2025-05-12)

#73

Kami bantah projek pembanguna 24 tingkat

Meor saiful azhari bin mior azham (2025-05-12)

#74

Akan berlaku bencana banjir dan kesesakan lalu lintas

Mohd jihad (2025-05-12)

#79

kawasan kampong buat apartment bodoh ke?

muhammad zahir bin md zin (2025-05-12)

#81

Bimbang keselamatan keluarga, akan meninggikan lagi risiko banjir. Kesesakan lalu lintas.

Naqib Zaim (2025-05-12)

#82

Kami membantah keras cadangan pembinaan projek perumahan apartment 24 tingkat di kawasan ini kerana ia akan membawa lebih banyak kesan negatif berbanding manfaat kepada penduduk setempat. Pertama sekali, projek sebesar ini akan menyebabkan peningkatan kesesakan lalu lintas yang serius, gangguan bunyi, serta pencemaran udara yang akan menjejaskan kualiti hidup harian kami. Selain itu, pembinaan bangunan setinggi 24 tingkat ini langsung tidak mengambil kira keharmonian landskap kejiranan yang selama ini bersifat rendah dan sederhana. Paling utama, keputusan untuk meluluskan projek ini dibuat tanpa perbincangan atau rundingan telus bersama komuniti setempat. Kami menuntut agar projek ini dihentikan serta-merta dan satu kajian semula yang lebih adil serta inklusif dilaksanakan, dengan mengambil kira suara dan kebajikan penduduk yang telah lama menetap di kawasan ini.

Muhamad iskandar (2025-05-13)

#83

Kawasan pembinaan yang berisiko

Aamer Qhuzairi (2025-05-13)

#85

da byk sgt construction area ni. bukit lanchong ni kawasan tanah lembap, sungai klang je kt belakang rumah. risiko untuk tanah rekah dan banjir sangat tinggi.

Penduduk Bukit Lanchong (2025-05-13)

#86

-Proses pembinaan memberi kesan buruk kepada kawasan setempat.
-Penduduk bertambah dan menjadi terlalu padat dalam kawasan yang kecil
-Keselamatan tidak lagi terjamin
-Kesesakan lalulintas akan bertambah

KHAIRI ANUAR BIN ZAINUDDIN (2025-05-13)

#87

Bantahan projek condo 24tingkat dikg bukit lanchong shah alam .

Ameer iqmal muhaimin (2025-05-13)

#88

Menyebabkan kesesakan, potensi banjir kilat di area sebelah

Rizahudin (2025-05-13)

#94

Pembangunan rumah PANGSAPURI ini tidak sesuai dibina di kawasan kampong Bukit lanchong kerana system saliran perparitan di kampong ini sangat teruk hingga kerap berlaku banjir kilat dan hal ini berulang selama beberapa tahun.. Penambahan rumah dikawasan ini akan memburukkan lagi keadaan. Jalan Raya di kampung juga sudah tidak dapat menampung jumlah kenaikan penduduk setempat kerana berlaku kesesakan Jalan pada waktu kemuncak dan ini antara sebab bantahan dibuat pembinaan PANGSAPURI ini dibuat.

Nurashakirah Nabila (2025-05-14)

#95

Akan menyebab kan banjir

MUHAMMAD SHAH FARIEZ BIN ANUAR (2025-05-14)

#96

SAYA SEKERAS KERASNYA MEMBANTAH PEMBINAAN PANGSAPURI TERSEBUT ATAS DASAR KESELAMAT DAN SISTEM PERPARITAN DI SINI YG TIDAK DAPAT MENAMPUNG LEBIHAN AIR..DENGAN KEADAAN SEKARANG HUJAN 1-2JAM PN BANYAK KAWASAN YG TENGELAM...INIKAN PULA PENAMBAHAN PENDUDUK MELEBIHI 60% DARI SEKARANG..KAMI BANTAH...KAMI BANTAH...KAMI BANTAH

Ishak Mohamed Yusoff (2025-05-14)

#97

Mengekalkan tradisi kampung

Mohamad Khairuddin bin Abd Rahim (2025-05-14)

#98

Kawasan padat dan sempit tidak sesuai untuk penambahan penduduk. Kesesakan lalu lintas akan bertambah buruk

Zulhakim (2025-05-14)

#99

KAMI BANTAH PEMBINAAN TERSEBUT DENGAN SEKERAS KERASNYA ✊

Amira Rahamat (2025-05-14)

#100

Banjir pun tak terurus lagi nak bina rumah dalam bukit lanchung?

Zack (2025-05-14)

#101

Ketidaksesuaian Skala Pembangunan.. Pembinaan 24 tingkat adalah terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan perkampungan tradisional dan rumah-rumah setingkat/dua tingkat yang sedia ada. Ia mewujudkan ketidakseimbangan landskap bandar/Kg.

Risiko Alam Sekitar.. Penebangan pokok dan pembukaan tanah besar boleh menyebabkan banjir kilat.

Syahidatul Fadzrieha Binti Mohd Samsol (2025-05-14)

#102

Kemungkinan akan menyebabkan banjir Dan kedudukan yang tidak sesuai memandangkan persekitaran adalah kawasan kampung

Mohd Nazrul Bin Miskan (2025-05-14)

#103

ini kg bukan bandorr

Ashriq Arfiq (2025-05-14)

#104

Membantah pembinaan apartment

Kamal Ariffin (2025-05-14)

#106

Azmi

Muhamad azmi (2025-05-14)

#107

Bantahan terhadap cadangan pembinaan sebuah pangsapuri setinggi 24 tingkat di kawasan kami.

SYAHMI (2025-05-14)

#110

Membantah sekeras2 nya menaikan projek perumahan 24 tingkat didalam kawasan kampung.

Halim (2025-05-14)

#111

saya tidak bersetuju.mungkin benar kerana kemajuan..tapi tidak untuk pembangunan..keadaan yg sedia ada masalah tidak selesai,lagikan pula nak naik bangunan tinggi ii..
1) kesesakan lalu lintas
2)banjir
3)keretakan kawsan sekitar

iqmal (2025-05-14)

#112

saya akan tandatanganinya kerana saya membuat bantahan untuk projek pembinaan pangsapuri yang akan di bina di kawasan kampung bukit lanchong..

Muhammad alif iqmal bin mohd asmadi (2025-05-14)

#113

Soba cakap kerana banjir susah nak pergi mancing

Muhammad Aqif fitri bin Abdul LATIP (2025-05-14)

#116

Tidak menyokong projek ni dibina

Prasad Kumar (2025-05-14)

#117

kawasan tersebut tidah sesuai untk dijadikn kawan pembinaan baru. better cari cara urus banjir yg tiap tahun kita facing

Muhammad Najhan (2025-05-14)

#118

Pangsapuri tersebut tidak sesuai dibina di kawasan kampung.. Lebih2 lagi jarak diantara tapak pembinaan dengan kediaman penduduk kampung sangat dekat. Ia boleh menyebabkan kerosakan, keretakkan, kemendapan tanah pada struktur tanah dan kediaman penduduk kampung di sekitar kawasan pembinaan tersebut.. Selain itu, ia akan menyulitkan lagi penduduk kampung dengan kehadiran lori yang akan keluar masuk ke kawasan berkenaan malah menyebabkan pengudaraan di sekitar kampung terjejas..

NORFAZLINA AZAHAR (2025-05-14)

#119

3 generasi keluarga menetap disini , pemaju perlu tarik semula pelan pembinaan pangsapuri ini , tidak adil bagi kami penduduk kampung disini tiada tempat nak pergi

Amirul (2025-05-14)

#120

Saya tidak menyokong pembinaan perumahan di kawasan ini.

Izni (2025-05-14)

#122

Saya tidak bersetuju pangsapuri ITU dibina Kerana Tanya akan menyebabkn byk masalah yg akan berlaku.

KHAIRI BIN ADNAN (2025-05-14)

#124

Sememangnya bangunan tidak layak ada di kawasan perkampungan kami.sangat tidak wajar d rialisasikn.

Halizah salimi (2025-05-14)

#125

Saya membantah projek 24tingkat ni

Elvira binti saiful (2025-05-14)

#126

Saya tidak setuju banggunan tersebut dibina

Muhammad amin safiq (2025-05-14)

#127

Tekanan terhadap kemudahan asas – Kemudahan seperti air, elektrik, sistem pembetungan dan saliran sedia ada tidak mencukupi untuk menampung beban tambahan, yang boleh membawa kepada risiko gangguan bekalan dan banjir.

Wann (2025-05-14)

#128

JALAN KELUAR DEPAN AYAM PENYET NAK NAIK BUKIT TU DAH CUKUP JEM DENGAN KUANTITI ORANG YANG ADA SEKARANG + LAMBAKAN KERETA YANG ADA DI BUKIT LANCHONG ... LAMBAKAN PENYEWA YANG ADA SEKARANG PUN DH CUKUP BUAT JEM PADA WAKTU KEMUNCAK ... TAK PAYAH NAK MENAMBAH LAGI JEM 🤦🏻‍♀️

Norliahani zairi (2025-05-14)

#129

Banyak kesan yg mungkin akan berlaku contoh banjir kilat jika hujan lebat

Norhamiza Abdul halim (2025-05-14)

#130

Saya tidak setuju dengan perojek ini yang akan menjejaskan bagunan rumah yang sedia ada

MOHD IDDIN AKASHAH BIN JOSMANI (2025-05-14)

#132

Ia memberi ancaman keselamatan dan ketenteraman kerana lokasinya terlalu berhampiran kediaman penduduk.. Juga boleh berlaku kerosakan keatas kediaman kami.

Maria natasha (2025-05-14)

#133

Sy membantah pembangunan pangsapuri 24tgkt

MURYANTI BINTI LISMAN (2025-05-14)

#134

Ila

Ila shamsuri (2025-05-14)

#136

Saya bantah projek pembinaan pangsapuri 24 ini di dalam kampung bukit Lanchong

Yesi Rahmah Yulia binti Zulkarnain (2025-05-14)

#139

Boleh menyebabkan berlakunya banjir.
Menyebabkan kerosakan rumah-rumah berhampiran ketika proses pembinaan.
Social ekonomi

NazriMustafa (2025-05-14)

#141

Saya Bantah pembinaan pangsapuri demi keselamat warga kampung

Mahmud bin Hj Adnan (2025-05-14)

#142

Ingin projek ini dibatalkan serta merta

Muhammad Razif Bin Ngadenan (2025-05-14)

#143

Saya bantah sekeras kerasnya pembinaan pangsapuri tersebut

Nasir bin Kelang (2025-05-14)

#144

Saya

Izhan (2025-05-14)

#145

Saya membantah pembinaan pangsapuri setinggi 24 tingkat di kampung Bukit Lanchong

Nor Lazim bin Kasbon (2025-05-14)

#146

Tidak bersetuju pembinaan pangsapuri di dalam kawasan bukit lanchong

Muhamad Najibuddin (2025-05-14)

#147

Saya tidak setuju pembinaan tersebut, boleh mengakibatkn masalah pengaliran air dan kesesakan lalu lintas.. Serta menghilangkan tradisi suasana kampung.. Saya bantah.!!

Siti norain binti mohamed (2025-05-14)

#148

Saya sayang kampung saya

Nurul Abd Rahman (2025-05-14)

#149

Keamanan dan tradisi kampung perlu dikekalkan..masalah lain pun belum selesai,seperti banjir dan sebagainya.takperlu lah ditambah masalah lain

Asmawaty (2025-05-14)

#152

Saya tidak setuju pembinaan ini diteruskan

Nor munira binti mohamed (2025-05-14)

#153

Tempat & kawasan tak bersesuaian dengan bangunan. Jalan yg sempit pasti akan sesak dengan kapasiti penduduk yg ramai dan semestinya pelbagai lg masalah yg akan timbul dengan pembangunan yg tidak wajar ini. Saya membantah sekerasnya pembangunan rumah jenis pangsapuri di kawasan kampung ini.

Nor Fazilah Mansor (2025-05-14)

#154

Membantah sekeras kerasnya pembinaan apartment di kampung bukit lanchong

Adam (2025-05-14)

#155

Membantah kerana boleh menyebabkan kesesakan dan selalu bajir kilat

Zulkifli (2025-05-14)

#157

Saya membantah sekeras-kerasnya kerana :
1) ganggu privasi penduduk kampung
2) akan terjadi kesesakan lalu lintas
3) akan memungkinkan orang parking kereta di tepi jalan besar
4) tekanan terhadap kemudahan asas seperti air, elektrik dll
5) lokasi terlalu dekat dengan rumah penduduk
6) akan menambahkan kemungkinan terjadinya banjir dengan lebih teruk
7) lokasi tidak sesuai

Istia (2025-05-14)

#159

Saya bantah rumah 24 tingkat

Muhammad zainulariffin (2025-05-14)

#161

Untuk mengelakkan ancaman banjir dan mengurangkan pendatang asing

Zulhusni (2025-05-14)

#163

Kerana rumah saya Akan mengalami banjir sekiranya pembinaan ini diteruskan Dan Alan menganggu dengan bunyi ii yang bising

Muhd Aiman hakim (2025-05-14)

#165

Saya tidak bersetuju dengan pembinaan pangsapuri di kampung bukit lanchong ini, ianya akan meningkatkan risiko banjir

Shaz (2025-05-14)

#167

Takut banjir

Zaharudin (2025-05-14)

#168

Tidak sesuai membina apartment disitu kerana akan mengakibatkan banjir teruk

Amalina (2025-05-14)

#169

membantah pembinaan pangsapuri 24 tingkat di kampung bukit lanchong seperti sebab-sebab yang telah disertakan

Farhana (2025-05-14)

#170

Membantah dan tidak setuju dengan pembinaan tersebut

Razali (2025-05-14)

#171

Kami bantah pembinaan pangsapuri!!!

Rosniza Mat Yusup (2025-05-14)

#172

Akan mengakibatkan banjir & kesesakan lalu lintas

Nadiah bt md jauhari (2025-05-14)

#174

Keadaan bukit panchong yg kerap banjir dan menganggu perumahan sekitarnya

Saliha md zain (2025-05-14)

#175

Pembangunan yang agak keterlaluan. membebankan resource kampung.

Muhamad Syafiq (2025-05-14)

#177

Yang benar Abdul Aziz bin halil

Abdul Aziz bin halil (2025-05-14)

#178

Saya Membantah sekeras kerasnya dlam hal kenaikkan rumah 24 tingkat di kampung saya !

Muhammad nur hidayat (2025-05-14)

#179

Kesejahteraan kampung

Ahmad Faruq (2025-05-14)

#180

Asmida

Asmida mohamad (2025-05-14)

#181

Mengakibatkan banjir, kacau ganggu,mengganggu gugat keselamat penduduk dan tiada rundingan yg telus bersama penduduk kmpg

firdaus (2025-05-14)

#182

Saya menolak sebarang pembinaan di kawasan kampung tanpa membuat penilaian terhadap impak banjir yang sememangnya kampung tersebut kawasan banjir , impak fasiliti seperti infrastruktur jalan yang akan membuatkan trafik sesak dan longkang . Serta impak sosial terhadap orang kampung . PBT sepatutnya meletakkan keperluan membuat penilaian untuk pemaju sebelum membangunkan projek tersebut seperti penilaian EIA , TIA dan DID .

MUHAMMAD HASIF BIN MOHD AMIN (2025-05-14)

#183

Kawasan kampung tidak sesuai dibangunkan dengan bangunan yang tinggi dan amat bersebelahan dengan rumah kampung

SYAHREN BIN ABDUL AZIZ (2025-05-14)

#184

Yazid

Mohd nor yazid bin hassan (2025-05-14)

#185

ton

MUHAMMAD FAWZIE BIN HAMBALI (2025-05-14)

#186

Menyokong penuh orang kampung Bukit Lanchong menolak pembangunan pangsapuri 24 tingkat yang tidak membawa sebarang manfaat kepada penduduk

M Ameer (2025-05-14)

#187

Kerana saya x nak kg ni menjadi apa yg tlh di perkatakan seperti diatas.. Hentikn lah dgn project yg pihak berkenaan nk buat ni..terlalu bnyk keburukan dr kebaikan..saya menentang sekeras kerasnya project ini..

Lynn (2025-05-14)

#189

Tidak bersetuju.kerana pembangunan ini dpt merosakkan alm sekitar

Farid zahari (2025-05-14)

#190

Saya Anak Jadi Bukit Lanchong Bantah Pembinaan Rumah 24 tingkat Di Kampung Saya Kerana Akan Jadi Sesak Dan Akan Jadi Kekacauan Lalu lintas Dan Akan Jadi Sempit Dah Sistem Peparitan Akan Jadi Maksalah Di Kampung Kita Dengan Ini saya Wan_Sereng Bantah Habis Habisan Projek 24tingkat Ini... Penduduk Bukit Lanchong Akan Jadi Makslah Apabila Projek Ini Berjalan Jadi Kita Harus Bantah Dan Berhentikan Projek Ini Serta Merta..AYUH ANAK MUDA BUKIT LANCHONG LAWAN KASI HABIS BANTERAS PROJEK INI☝️LAWAN TETAP LAWAN

Mohd Izuwan Bin Shamsudini (2025-05-14)

#191

Akan mendatangkan kacau ganggu, banjir kilat dan mengganggu gugat keselamatan, ketenteraman penduduk dan tiada perbincangan yang telus bersama penduduk///

Bersatu aman sejagat (2025-05-14)

#193

Tidak mahu kampung ini menjadi terlalu sibuk dan menganggu ekosistem sedia ada

Azwiza (2025-05-14)

#194

Kami rakyat bukit lanchong membangkang untuk teruskan projek pangsapuri 24tingkat!

Nik Atirah (2025-05-14)

#195

Man 70

Othaman bin abd aziz (2025-05-14)

#196

Tidak setuju,perumahan ini dibangunkan

zuli hasliza bt mohd ariffin (2025-05-14)

#197

kawasan yang tidak sesuai.

muhammad fakhrur razi bin ismail (2025-05-14)

#198

Bersetuju tidak sesuai dibina dlm kwsn kampung yg kecil dan padat penduduk. Akan wujud masalah sosial , penampungan penapisan najis ..pembuangan sampah juga belum sempurna akan berlaku pertambahan masalah pembuangan sampah. Pembelian mampu milik , milik siapa? Harga yang mahal akan dibeli golongan kaya dan akan disewa kpd warga asing. Akan jadi longgokan warga asing di dlm kampung.

ABD RASHID BIN RAZALI (2025-05-14)

#199

membantah projek pembinaan pangsapuri di kampung bukit lanchong

Nur Aina Izzati (2025-05-15)

#200

Saya tidak mahu penambahan trafik di dalam bukit lanchong dan keselamatan serta privasi penduduk bukit lanchong lebih selamat.

Ahmad Zaim (2025-05-15)



Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Ketahui lebih lanjut...