RAYUAN PEMBUKAAN CAWANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL DI KUALA PENYU, SABAH

Kita di Kuala Penyu dan termasuklah di Menumbok mengalami keadaan yang sukar kerana hanya mempunyai satu cawangan bank sahaja untuk mengeluarkan atau menyimpan duit serta pengiriman iaitu AgroBank di Pekan Kuala Penyu. Perkhidmatan mesin AgroBank ini juga kadangnya tidak begitu memuaskan. Seringkali mesin kehabisan wang atau Out of Order. Keperluan penduduk Kuala Penyu untuk mengeluarkan wang dengan hanya mempunyai 2 mesin ATM adalah tidak mencukupi. Penutupan Mesin ATM Bank Rakyat, di Hospital Kuala Penyu memburukkan lagi keadaan. Para penduduk termasuk golongan dua terpaksa berbaris panjang dair hujung ke hujung kedai. 

Oleh itu, suara ramai diperlukan untuk kita menghantar petisyen ini kepada Bank Negara dan Bank Simpanan Nasional untuk mencadangkan kepada mereka membuka cawangan di Pekan Kuala Penyu dan sekurang-kurangnya Pusat Mesin ATM di Daerah Menumbok. Keperluan ini amat mendesak memandangkan pada musim pandemik ini, kita perlu mengurangkan perjalanan terutamanya ke Pekan Beaufort yang sedang teruk dilanda jangkitan.  Pembukaan ini harus tidak melihat keuntungan semata-mata tetapi tugasan sosial pihak Bank kepada masyarakat khususnya di Daerah Kuala Penyu. 

Kewujudan Bank Simpanan Nasional di Pekan Kuala Penyu dan Cawangan Mesin ATM di Menumbok akan membantu masyarakat dan juga peniaga untuk menghidupkan perniagaan kecil-kecilan mereka serta boleh membuat pengiriman wang kepada anak-anak yang berada di luar kawasan, terutama yang sedang belajar. 

Oleh itu, saya ingin mengajak penduduk Kuala Penyu agar menandatangan petisyen ini agar permintaan ini menjadi realiti dan keperluan kita di Kuala Penyu untuk perkhidmatan Bank yang cekap dalam dinikmati.

Sekian. Terima kasihBSN.png

 

  


HENRY ONGGING    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

By signing, I authorize HENRY ONGGING to hand over the information I provide on this form to those who have power on this issue.

We will not display your email address publicly online.

We will not display your email address publicly online.







Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Learn more...