PETISYEN PEMBELI RESIDENSI WILAYAH VISTA DANAU KOTA KE DEVELOPER PLATINUM VICTORY

Dengan ini kami Pembeli Residensi Wilayah Vista Danau Kota (VDK) memohon Pihak Pemaju Platinum Victory (PV) untuk mempercepatkan proses pembinaan VDK yang masih berada di level 9 sejak Julai 2022.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat sejak 2020, kami mendapati terdapat banyak kerja-kerja tertangguh semasa proses pembinaan oleh kontraktor Eng Han yang dilantik oleh Pemaju PV.

Justeru itu, kami memohon Pihak Pemaju agar memandang serius dengan perkara ni supaya tidak berlanjutan sehingga menyebabkan projek tersebut tergendala yang akan menyusahkan Pihak Pembeli disebabkan kami terpaksa menanggung bayaran ansuran kepada bank sedangkan rumah kami masih tidak diserahmilik mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam SNP.

Untuk info, tarikh asal Vacant Possession (VP) adalah Januari 2025.

 

Sekian, terima kasih.

 

KESATUAN PENDUDUK,

VISTA DANAU KOTA,

SETAPAK, KUALA LUMPUR.


Community Vista Danau Kota Residensi Wilayah    Hubungi pencipta petisyen