PERMOHONAN UNTUK MEMASANG BUMP JALAN DI LORONG BAKTI, JALAN SULTAN TENGAH, KUCHING.

Assalamualaikum WBH semua Jiran2 yang dihormati.

Sejak kebelakangan ini persekitaran jalan raya di kawasan kediaman kita telah mula sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang di kawasan kejiranan kita. Keadaan ini boleh  menimbulkan ancaman kepada keselamatan diri kita khasnya dan keluarga kita amnya. 

Kejadian seperti kemalangan langar lori dan motosikal yang pernah berlaku tidak lama dahulu sehingga membawa kepada kehilangan nyawa mangsa yang terlibat patut dielakkan dan tidak berulang kembali. Tambahan juga, terdapat anak-anak nakal yang menunggang motosikal dengan laju terutama di waktu malam hari sehingga menggangu ketenteraman awam di kawasan kejiranan kita. Sehubungan itu, saya ingin mendapat persetujuan jiran-jiran sekelian untuk menyokong permohonan kita supaya pihak DBKU dapat memasang BUMP JALAN di beberapa lokasi strategik di sekitar kejiranan kita.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua. 

Sekian

 


Haji Yusuf Bujang dan Haji Jeffri Bin Haji Tambi    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

By signing, I authorize Haji Yusuf Bujang dan Haji Jeffri Bin Haji Tambi to hand over the information I provide on this form to those who have power on this issue.


ATAU




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Learn more...