PERMOHONAN PERTUKARAN STATUS ELAUN KAFA KEPADA GAJI DAN KENAIKAN GAJI GURU KAFA SELARAS DENGAN KADAR KENAIKAN GAJI MINIMUM 2022.
Assalamualaikum w.b.t
Petisyen ini bertujuan untuk menuntut JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM) mengambil tindakan segera atas permohonan berikut;
Guru KAFA telah sebulat suara ingin menuntut agar status Elaun KAFA ditukar kepada gaji dan juga menuntut kenaikan gaji terkini iaitu RM1000 (RM880.25 SETELAH DITOLAK KWSP, SOCSO, DAN PGJAIM) kepada kadar gaji minumum semasa di MALAYSIA TAHUN 2022 ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Selain itu, Guru KAFA sedia ada juga turut terkesan dengan isu kenaikan harga barang dan perlu melakukan kerja sampingan di luar waktu mengajar bagi menampung keperluan harian lebih-lebih lagi yang telah berkeluarga.
Gaji yang diterima sebanyak Rm880.25 adalah sangat tidak relevan pada waktu ini. Hal ini berikutan bebanan kerja yang diberi adalah kadangkala lebih berat daripada bebanan kerja Guru KAFA N11 yang mana gajinya lebih daripada kami. Contohnya, dari segi jadual waktu (bilangan waktu mengajar), cuti kuarantin dan lain-lain.
Untuk pengetahuan, Guru KAFA di negeri lain mendapat gaji yang sama namun hanya mengajar tiga kali dalam seminggu sahaja. Malah, ada juga negeri yang telah membayar gaji guru KAFA di negeri itu sebanyak RM1500. BERBEZA dengan Guru KAFA di Melaka. Bebanan kerja tidak setimpal dengan gaji.
Justeru, semua Guru KAFA menandatangani petisyen ini demi sokongan untuk menuntut kenaikan gaji dengan kadar segera.
Sekian, terima kasih.
Anonymous Hubungi pencipta petisyen
Penulis petisyen ini telah menutup petisyen. |