Permohonan penjualan barangan terpakai di platform sosial media TikTok kategori kasut dan pakaian

PENGENALAN

Saya mewakili 90 (atau lebih) peniaga mikro yang bertapak di media sosial iaitu di TikTok.

Kami adalah peniaga mikro yang menjalankan perniagaan di atas talian secara siaran langsung di platform TikTok.

Sebelum ini kami menjalankan perniagaan barangan terpakai di platform tersebut tanpa ada halangan dan penjualan kami berjalan lancar.

MASALAH YANG KAMI HADAPI

Sejak kebelakangan ini  perniagaan kami merudum dari segi tontonan dan pembelian sesi jualan langsung kami disekat dan para pengikut kami tidak mendapat pemberitahuan di mana kami sedang bersiaran langsung tidak seperti sebelum ini, di setiap jualan langsung kami bermula, para pengikut kami akan mendapat mesej pemberitahuan yang kami sedang bersiaran langsung

Kejadian ini berlaku adalah akibat daripada apabila pihak TikTok membuat satu perubahan drastik dan mengejut tanpa notis,di mana semua jenis perniagaan harus di daftarkan dibawah  TikTok shop.

Namun kami sebagai penjual barangan terpakai juga tidak terlepas untuk mendaftarkan perniagaan kami di  TikTok shop tersebut, namun kami di beritahu kategori penjualan barangan terpakai adalah di larang sama sekali di platform mereka.

Dari keputusan yang dibuat secara tiba tiba oleh pihak TikTok ianya memberi impak yg negatif kepada kami kerana ini adalah punca pencarian utama untuk menyara kehidupan kami.

Kami sebagai peniaga mikro terdiri daripada golongan miskin bandar dimana majoritinya adalah pekerja yang dibuang atau diberhentikan oleh bekas majikan kami kesan daripada pandemik yang melanda di dalam setahun dua ini.

 

TUJUAN PETISYEN

Tujuan kami memuat naik petisyen ini adalah untuk menuntut hak kami sebagai penjual barangan terpakai yang sah di platform TikTok seperti peniaga peniaga yang lain.

Petisyen ini juga membawa satu matlamat dimana kebebasan peniaga E- Dagang untuk berniaga di platform TikTok, sedangkan tiada larangan di dalam negara ini yang menyekat aktiviti penjualan barangan terpakai selagi ianya tidak melibatkan sebarang jenayah ataupun isu hak cipta. 

Seperti yang kita lihat sekarang ini 'trending' penjualan kasut atau pakaian terpakai sangat mendapat sambutan sehingga terdapat majlis perbandaran tertentu membenarkan expo 'BUNDLE' (barangan terpakai) di banyak lokasi dan sambutan yang amat menggalakkan.

Sedikit sebanyak ianya menggerakkan jaluran ekonomi domestik yang mana tentu membantu kedua dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.

Ini juga membantu kami sebagai peniaga dan pengguna dari segi ekonomi dimana secara khususnya barangan kami yg dijual jika di bandingkan dengan harga asal amat amat jauh lebih murah jika pengguna membeli barangan yang sama di butik butik yang terkenal.

 

PERMOHONAN

Kami memohon kepada pihak berkuasa yang berkait dengan penguatkuasaan E-Dagang seperti KPDNKK/KPDNHEP supaya menyemak kembali syarat yang dikenakan kepada kami penjual 'BUNDLE' (barangan terpakai) di platform tersebut supaya  mengembalikan perniagaan kami secara sah tanpa sebarang sekatan di platform tersebut seperti sedia kala. 

Didalam perbincangan kami bersama pihak rasmi TikTok sebelum ini mereka ada menyatakan sekiranya kami dapat melampirkan satu dokumen sokongan rasmi  dari pihak berkuasa ada kemungkinan untuk mereka mempertimbangkan hal ini.

Kami amat berharap untuk mendapat surat sokongan rasmi dari pihak berkuasa didalam perjuangan kami untuk membela nasib peniaga peniaga E-Dagang yang bertapak di platform tersebut.

Kami juga bersedia jika jabatan kerajaan yang berkait ingin berjumpa dan membincangkan isu ini degan lebih lanjut supaya dapat kita sama sama menyelesaikan kemelut yang melanda kami ketika ini.

 

 


KUSHAIREE BIN MOHAMED    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

By signing, I authorize KUSHAIREE BIN MOHAMED to hand over the information I provide on this form to those who have power on this issue.

We will not display your email address publicly online.

We will not display your email address publicly online.







Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Learn more...