PERMOHONAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU PERYATIM.

Assalamualaikum WBH dan Salam Sejahtera Para Jiran yang dihormati.  

Pengurusan PERYATIM Sarawak sedang dalam usaha mendapatkan kelulusan Jabatan Agama Islam Sarawak untuk mengadakan Solat Jumaat secara tetap di Surau PERYATIM, Kompleks Kebajikan Laila Taib, Jalan Sultan Tengah Kuching. Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama para jiran untuk menyokong usaha murni pengurusan PERYTIM ini supaya kemudahan mendirikan Solat Jumaat dapat diadakan di kariah kita ini. Dengan adanya kelulusan ini, jemaah lelaki di kariah SEGO ini akan dapat mendirikan solat jumaat dengan lebih dekat dan mudah. 

Sila isikan sokongan anda di link yang disertakan. Sekian Terimakasih. 


Haji Yusuf Bin Haji Bujang mewakili Pengurusan PERYATIM Sarawak.    Hubungi pencipta petisyen