Pembangunan "E-Hailing Bantuan": Platform Aplikasi Atas Talian Yang Komprehensif Untuk Bagi Tujuan Amal

PETISYEN MENGUMPUL SOKONGAN CADANGAN MEMBIAYAI DAN MENJALANKAN PROJEK AMAL PEMBANGUNAN APLIKASI ATAS TALIAN PROJEK AMAL "BANTUAN E-HAILING".

Saya ingin memohon sokongan pihak tuan untuk perhatian agensi kerajaan, GLC, badan amal (yayasan) dan korporat berpotensi untuk membiayai kos projek dan bersama-sama menjalankan cadangan projek amal pembangunan platform atas talian, sebuah aplikasi atas talian " BANTUAN E-Hailing".

Mirip kepada aplikasi atas talian Grabcar dan Food Panda, cuma aplikasi ini tidak melibatkan perkhidmatan belian atau jualan, tetapi menawarkan perkhidmatan "E-Hailing" makanan percuma dan urusan kesukarelawanan.

Aplikasi ini akan melibatkan sebanyak mungkin NGO berteraskan amal kebajikan, sosial serta pendidikan, sebagai rakan kerjasama untuk impak yang lebih besar dan mencapai objektif dengan lebih berkesan.

Selain orang ramai boleh mendapat manafaat dari projek ini, pihak NGO yang berminat menyertai projek ini, turut akan berpeluang mendapat dana melalui perkhidmatan aplikasi ini projek amal ini, untuk membiayai operasi berkaitan projek amal ini serta mungkin juga untuk membiayai kos kerja amal lain.

Anda hanya perlu menyokong usaha cadangan di dalam petisyen ini, sama ada mewakili diri anda sendiri atau organisasi anda. Tiada komitmen lain yang anda perlu lakukan sekiranya anda tidak berminat untuk menyertai proses kerja seterusnya. Sudah memadai anda menandatangani petisyen ini.

Individu dan organisasi yang berminat menandatangani petisyen dan melibatkan diri dalam fasa kerja seterusnya,  untuk membantu kerja-kerja sumbang saran bagi perancangan projek serta pembangunan aplikasi.

Penyertaan ramai masyarakat awam dalam petisyen ini akan memberikan satu mesej yang lebih kuat untuk saya mengusulkan cadangan ini kepada pihak-pihak yang berpotensi untuk bekerjasama serta membiayai kos projek amal ini.

Cadangan ini berpotensi memberikan impak yang besar kerana aplikasi ini dapat membantu ramai orang, boleh digunakan seluruh malaysia dan mampu menarik minat NGO untuk menjadi rakan penganjur. Projek ini juga dapat melibatkan sebanyak mungkin NGO di Malaysia, yang akan menjadikan projek ini lebih relevan dan  memberikan impak yang besar.

Link petisyen;

https://ms.petitions.net/pembangunan_e-hailing_bantuan_platform_aplikasi_atas_talian_yang_komprehensif_untuk_bagi_tujuan_amal

Harap anda dapat menyokong usaha ini.

Terima kasih atas masa anda.


JAMALUDDIN BIN MOHD NOOR    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

Dengan menandatangani, saya menerima bahawa JAMALUDDIN BIN MOHD NOOR akan dapat melihat semua maklumat yang saya berikan dalam borang ini.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan nombor telefon anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan maklumat ini secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan maklumat ini secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan maklumat ini secara umum dalam talian.


Saya memberi keizinan untuk memproses maklumat yang saya berikan pada borang ini untuk tujuan-tujuan berikut:




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Ketahui lebih lanjut...