Kelewatan Serahan Kunci dan Isu Kualiti Pembinaan Rumah Puteri Aira, PKNS Kota Puteri.

Kami pemilik/pembeli Rumah Teres 2 Tingkat, Puteri Aira Seksyen 8 Kota Puteri , Rawang, Selangor ingin menyatakan kekecewaan dan keluhan atas mutu perkhidmatan dan kualiti hartanah yang diserahkan oleh pihak pemaju (PKNS) kepada pembeli. Unit-unit yang mula menerima kunci bermula 27 Januari 2023 didapati mengalami kecacatan yang teruk yang tidak sepatutnya terjadi kepada sesebuah unit rumah yang baru. Berlandaskan reputasi PKNS sebagai antara pemaju yang terbesar yang menjamin perkhidmatan dan pembangunan hartanah yang berkualiti, kami dengan ini menuntut perhatian penuh dan penjelasan daripada pihak PKNS atas perkara yang berikut:  

1. Kelewatan dan penundaan  serahan kunci  yang berulang oleh pihak PKNS yang menyusahkan pembeli.

2.  Keadaan kualiti rumah yang rendah, kecacatan mutu kerja dan kecacatan bahan binaan yang merangkumi:

  a) Masalah kebocoran air pada lantai dan dinding  yang teruk,

  b) Masalah pendawaian elektrik rumah yang tidak mematuhi spesifikasi Suruhanjaya Tenaga seperti yang dilaporkan oleh “3rd party inspector” yang bertauliah pada salah satu unit yang mendapat kunci terawal yang melibatkan risiko keselamatan nyawa dan harta benda.(rujuk pautan video)

https://youtu.be/4y7I-9ja-c4

  c)  Masalah jubin kosong (hollow tiles) yang teruk,

  d)  Masalah tekanan air yang lemah, dan

  e)  Masalah keretakan strukur bangunan dan lain-lain.  

Kami juga menuntut beberapa jaminan dan komitmen  secara bertulis atau secara bersemuka dengan pembeli daripada pihak PKNS untuk perkara yang berikut:

1. Tuntutan supaya maklumat dan kerja-kerja pembaikan kecacatan dikongsi secara telus  dengan pembeli beserta bukti laporan bergambar semasa dan selepas kerja pembaikkan dilaksanakan.

2. Tuntutan pembuktian pengujian elektrod bumi tanpa sambungan wayar ke ‘Distribution Box (DB)’ mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga melalui video ataupun ujian secara langsung bersama pembeli.

3. Jaminan siap kerja-kerja pembaikan kecacatan dalam tempoh 30 hari dari tarikh laporan dihantar dengan segala kos ditanggung oleh pihak PKNS.

Kami Pembeli/Pemilik terbuka untuk perbincangan bersama pihak pemaju bagi menyelesaikan isu yang diutarakan. 


Wakil penduduk Rumah Puteri Aira, Seksyen 8 Kota Puteri    Hubungi pencipta petisyen