TUNTUTAN CARUMAN KWSP DAN PERKESO UNTUK 'PEMANDU E-HAILING' DAN JUGA 'RIDER'

Kenyataan Media

TUNTUTAN CARUMAN KWSP DAN PERKESO UNTUK 'PEMANDU E-HAILING' DAN JUGA 'RIDER'

1. Pemuda AMANAH prihatin terhadap nasib penghantar makanan yang bekerja dengan syarikat Grabfood, Foodpanda dan syarikat-syarikat lain. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko di jalanraya, bahkan bekerja tanpa jaminan masa depan yang baik.

2. Penghantar makanan ini tidak diberikan caruman yang sewajarnya sepertimana pekerja-pekerja lain, baik dalam PERKESO mahupun KWSP. Jika suatu kemalangan terjadi semasa menghantar makanan, siapa yang akan memberi pampasan kepada mereka dan keluarga mereka? Siapa pula yang akan menjamin kehidupan mereka pada hari tua? Pemuda AMANAH melihat golongan ini tidak diberi pembelaan walaupun khidmat mereka sangat penting.

3. Pada waktu ini, Grab hanya menawarkan caruman secara sukarela kepada pemandu mereka, manakala sumbangan majikan pula hanya sebanyak 5% dan terhad kepada RM80 setahun. Ini suatu ketidakadilan, bila majikan lain perlu menyumbang 13% daripada gaji pekerja tanpa ada had tahunan. Sepatutnya penghantar makanan dan pemandu e-hailing perlu diberi layanan yang sama seperti pekerja lain.

4. Bahkan mereka ini dianggap kontraktor bebas, dan bukan pekerja sah yang tertakluk kepada Akta Kerja 1955. Ini membuka ruang yang luas kepada penindasan, kerana pekerja sah sepatutnya boleh mendapat manfaat cuti, gaji lebih masa (overtime) dan boleh membawa majikan ke mahkamah sekiranya berlaku ketidakadilan. Negara lain seperti United Kingdom sudahpun melihat situasi ini dan menyuruh syarikat e-hailing untuk melayan pemandu mereka seperti pekerja, dan bukan kontraktor bebas.

5. Pemuda AMANAH menekankan bahawa syarikat penghantaran dan e-hailing perlu memberikan caruman perlindungan kepada pemandu-pemandu dan penghantar makanan, menjadikan caruman itu setaraf dengan pekerja di sektor lain, dan menukar status mereka daripada kontraktor bebas kepada pekerja yang sah. Hal ini perlu dilakukan segera dengan bertambahnya jumlah rakyat Malaysia yang bekerja dalam bidang ini.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

28 Mei 2021 | 16 Syawal 1442H


Asim Abdullah, Pemuda Amanah Nasional    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

Dengan menandatangani, saya menerima bahawa Asim Abdullah, Pemuda Amanah Nasional akan dapat melihat semua maklumat yang saya berikan dalam borang ini.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan nombor telefon anda secara umum dalam talian.


Saya memberi keizinan untuk memproses maklumat yang saya berikan pada borang ini untuk tujuan-tujuan berikut:




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Ketahui lebih lanjut...