ISU AIR DI KUALA BESAR

Asalamualaikum wbt.....

Kami penduduk Kampung  Kuala Besar, Kota Bharu Kelantan memohon jasa baik YB Dr Hj Ezani  bin Husin (ADUN Kijang) untuk turun padang dan  menyelesaikan masalah air di Kuala Besar. Isu  air ini dah bertahun dan  beratus aduan daripada penduduk telah dibuat kepada Syarikat Air Kelantan namun aduan tinggal aduan masalah air di Kuala Besar tak dapat juga  diselesaikan.

Untuk makluman YB, kami penduduk kampung terpaksa menggunakan air dari sumber telaga dan telaga tiub untuk kegunaan harian walaupun warnanya keruh dan berbau serta diragui kebersihannya.Bekalan air yang dihantar secara manual kepada penduduk tidak mencukupi dan hanya 10% penduduk sahaja yang mendapat manfaat.

Kami sebagai penduduk dan pegundi amat mengharapkan kepada pertolongan YB untuk  menyelesaikan masalah ini.