BANTAHAN PERMOHONAN TANAH DESA DI KAWASAN NABAWAN OLEH MD ALLI SHAHARUDDIN BIN MOHD YUSUP
Merujuk kepada notis Jabatan Tanah dan Ukur bertarikh 1 Mac 2023 yang dipamerkan di Papan Kenyataan Pejabat Tanah Daerah Nabawan. Dengan butiran:
Bil Pemohon : 20-23150193
Nama Pemohon : Md Alli Shaharuddin Bin Mohd Yusup
Alamat Pemohon : P.O.BOX 108 89807 Beaufort Sabah
Luas Dipohon : 100 Ekar
Letak/Tempat : Kampung Pulowon Nabawan, Batu 38
Tujuan permohonan : RUBBER, TREES BEARING EDIBLE FRUIT.
Kami masyarakat di kawasan N. 46 Nabawan sekali lagi dengan sebulat suara dan satu hati membuat petisyen ini untuk membuat bantahan, tidak bersetuju atau menolak permohonan penama di atas iaitu Md Alli Shaharuddin Bin Mohd Yusup berdasarkan kepada justifikasi berikut.
1) Kami memikirkan lebih ramai masyarakat Nabawan yang memerlukan tanah untuk generasi akan datang. Mereka sedang menduduki tanah berstatus SKIM yang menjadi milik kerajaan dan menyukarkan mereka membuat sebarang aktiviti ekonomi secara bebas.
2) Pemohon bukan orang asal daerah Nabawan. Pemohon merupakan dari daerah lain.
3) Kandungan permohonan tersebut dipaparkan dengan cepat permohonan diterima pada 24 Februari 2023 dan dipaparkan pada 1 Mac 2023. Masyarakat yang pernah memohon tanah terpaksa menunggu selama bertahun-tahun untuk dipertimbangkan dan diluluskan.
4) Permohonan tersebut bersifat mengenepikan dan tidak menghormati hak masyarakat penduduk daerah Nabawan yang lebih layak dan bekeperluan memohon tanah tersebut.
Justeru, kami mohon campur tangan semua masyarakat untuk bersatu hati mempertahankan tanah yang ada. Kami mohon campur tangan pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan dalam perkara ini untuk membuat pembatalan secepat mungkin sebelum 3 April 2023.
Sekian, terima kasih.
Masyarakat N. 46 Nabawan Hubungi pencipta petisyen