Bantahan Pembukaan sekolah Rendah Bermula 01/03/2021 dikawasan Zon Merah

Tangguh Sesi Persekolahan Sekolah Rendah, Utamakan Keselamatan Murid

1. Kami mengambil maklum peningkatan kes sehingga melepasi angka 2,000 lebih. Keadaan ini membimbangkan semua pihak khususnya ibubapa terhadap keselamatan anak-anak mereka.

2. Begitu juga warga pendidik yang juga terdedah kepada jangkitan covid 19 jika tidak dikawal dengan ketat jika sesi persekolahan dibuka untuk sekolah rendah dan menengah.

3. Justeru pihak ibubapa menggesa sesi persekolahan secara bersemuka ditangguhkan sehingga ke tarikh yang sesuai dan hanya membenarkan murid-murid SPM sahaja melalui sesi persekolahan secara bersemuka sehingga tamat peperiksaan.

4. Manakala pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM di kawasan kritikal perlu dipertimbangkan untuk diberi penempatan khas bagi menghadapi SPM dengan pematuhan SOP yang ketat terutama untuk mengelak jangkitan dan menjaga keselamatan pelajar. Pembelajaran PDPR boleh dipertimbangkan jika keadaan semasa membimbangkan di kawasan zon merah.

5. Keutamaan sekarang ialah menjaga keselamatan dan kesihatan murid. Pihak KPM perlu sediakan pelan keluar jika kes semakin meningkat dan membimbangkan.

6. Kerjasama semua pihak, ibubapa, murid dan warga pendidik amat penting demi melandaikan lengkuk jangkitan covid 19.


Persatuan Ibubapa Malaysia    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

By signing, I authorize Persatuan Ibubapa Malaysia to hand over the information I provide on this form to those who have power on this issue.







Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Learn more...