BANTAHAN PEMBINAAN HOSTEL PEKERJA WARGA ASING DI TELUK KUMBAR DAN SG.BATU (KADUN N38 BAYAN LEPAS)

IMG-20210929-WA0061.jpg

 

9/10/2021_Sidang Media MPKK KADUN Bayan Lepas.
Kami wakil penduduk menzahirkan bantahan atas cadangan untuk membina asrama pekerja asing yang sedang dirancang sepertimana apa yang disampaikan kebimbangan oleh YB Azrul dalam sidang Dun Yang lepas.
Dan sekarang ada pergerakan untuk melaksanakan perancangan pembinaan tersebut.Ini dibuktikan apabila MPKK telah dipanggil untuk perbincangan dalam mesyuarat secara atas talian(online) baru-baru ini.perancangan mereka terutama projek untuk penyediaan asrama pekerja asing seramai 25 000 orang di Bagan,Teluk Kumbar.
Lot yang terlibat dalam perancangan tersebut seperti butiran di bawah;
1) Lot 1435 & 1437,Mk 9,Bagan Teluk Kumbar,Teluk Kumbar (25,000 orang)

2) Lot 1859,1860 dan 1865 Tingkat Teluk Kumbar,Mk 9 Teluk Kumbar (8700 orang)

3) Lot 239 & 284 Mk 11,Jln Teluk Kumbar.Bukit Belah Sg.Batu (9700 orang)

Bagi kami cadangan ini amat berat tidak sesuai dibuat di kawasan kami yang telah sedia ada penempatan penduduk.Ianya tidak sesuai dengan demografi setempat,kemudahan infrastruktur yang akan menyusahkan penduduk tempatan yang sedia ada selain daripada pelbagai masalah yang dikhuatiri akan timbul seperti masalah social,kesihatan,bencana banjir,kesesakan lalu lintas,ekonomi setempat dan yang paling penting ialah keselesaan daya huni seperti yang di gagaskan dalam PENANG 2030.
Dengan itu kami semua sepakat menolak cadangan projek ini yang langsung tidak memberikan impak positif kepada penduduk dan warganegara Malaysia.
Kami berharap agar cadangan ini dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai dan bukanlah di perkampungan seperti Teluk Kumbar dan Sg.Batu.
Jumlah Projek asrama warga asing berjumlah 3 projek dalam jarak 5 km dan lebih 40,000 orang menenggelamkan penduduk tempatan yang ada dan seterusnya akan menjadi bandar warga asing.
Kami merayu agar kerajaan negeri menolak rancangan pembinaan tersebut demi keselesaan dan keharmonian rakyat.
Sekian,
Daripada kami MPKK DUN Bayan Lepas Mewakili penduduk setempat.
9/10/2021.

Tandatangan Petisyen Ini

By signing, I authorize Mohd Sobri to hand over the information I provide on this form to those who have power on this issue.

We will not display your email address publicly online.

We will not display your email address publicly online.







Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Learn more...