Bantahan konvokesyen kali ke 28 Politeknik Kuching Sarawak DIBATALKAN
Ini adalah petisyen untuk pelajar Politeknik Kuching Sarawak yang sepatutnya bergraduasi pada tahun ini.
Kami meminta agar pihak pengurusan Politeknik Kuching Sarawak mempertimbangkan keputusan pembatalan majlis konvokesyen kali ke 28 pada tahun ini, kerana tidak adil bagi kami yang sepatutnya konvo pada ogos ini, akan tetapi pengambilan pelajar baharu tidak batalkan pula malah pihak pengurusan meneruskan pengambilan pelajar baharu dengan SOP jadi kenapa pekara yang sama tidak dapat dipertimbangkan kepada kami yang sepatutnya bergraduasi pada tahun ini. Kami juga mencadangkan pihak Politeknik Kuching Sarawak untuk menangguhkan majlis konvokesyen tersebut kepada tarikh tertentu dan menggenakan SOP yang ketat kepada yang bakal hadir ke majlis tersebut nanti.
Kepada batch 2016 Kalau kita bersatu, suara kita pasti di dengar oleh pihak atasan! "KITA MAMPU MENGUBAHNYA"
Akhir sekali saya berharap ada komen dan cadangan daripada pelajar kepada pihak atasan dengan mengisi petisyen ini. Sekian Terima Kasih
"Menang dengan otak tak mesti dengan pedang"