BANTAH PEMBINAAN DEWAN SUARAH BAHARU DI TAPAK PADANG KPS LAMA SRI AMAN

PADANG KPS LAMA DAN NILAINYA KEPADA WARGA SIMANGGANG  

CADANGAN BINA BARU DEWAN SUARAH SIMANGGANG DI TAPAK PADANG KPS SIMANGGANG.  

1. Padang KPS Lama yang wujud seawal 1930an lagi perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai sejarah dan warisan bagi penduduk asal Simanggang. Ianya dibina hasil keringat generasi terdahulu yang hanya menggunakan cangkul dan peralatan tradisional menarah bukit untuk diratakan.  

2. Cadangan pembinaan Dewan Suarah Baharu yang hanya terletak 200 meter dari lokasi asal dan kurang 100 meter dari Masjid Bandar Sri Aman pastinya akan menganggu kariah masjid untuk beribadat.   3. Tiada keperluan untuk membina Dewan Suarah Baharu Sri Aman kerana Dewan Suarah yang lama jarang digunakan dan masih mampu menampung pelbagai program rasmi kerajaan.  

3. Padang KPS Lama merupakan “GREEN AREA” untuk Bandar Simanggang. Ianya wajar dikekalkan sebagai pusat rekreasi dan perlu dibangunkan semula sebagai “town square”  

4. Dewan Suarah Baharu boleh dibina di kawasan lain seperti tapak lapangan terbang Sri Aman dan lebih sesuai jika dibangunkan di seberang pasar Sri Aman kerana kawasan tersebut dalam proses dibangunkan dimana Jambatan Batang Lupar (phase 1) dan jalan pesisir dari Sri Aman ke Sebuyau sedang dibina sedang dibina.  

5. Projek Pembangunan Hospital Sri Aman, Kompleks Islam Sri Aman dan naiktaraf kualiti dan tekanan air Sri Aman perlu disiapkan dan diselesaikan terlebih dahulu.

6. YAB Ketua Menteri dalam beberapa program di Sri Aman dan Kuching pada 2019 dan awal 2020 dalam ucapannya turut memberi jaminan tidak akan menjadikan Padang KPS Lama Sri Aman sebagai kawasan pembangunan baharu Sri Aman sebaliknya berjanji akan mengekalkan dan menaik taraf padang tersebut.

 

 


ANAK SIMANGGANG    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

Dengan menandatangani, saya menerima bahawa ANAK SIMANGGANG akan dapat melihat semua maklumat yang saya berikan dalam borang ini.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.

Kami tidak akan memaparkan alamat e-mel anda secara umum dalam talian.


Saya memberi keizinan untuk memproses maklumat yang saya berikan pada borang ini untuk tujuan-tujuan berikut:




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Ketahui lebih lanjut...