BANTAHAN SKIM KOMISEN TERBARU COURIER FLASH EXPRESS

Perbincangan

#2

Totally unreasonable because of the inbound volume parcel is low. We are not like shopee or lazada. We dont have any online store Mall. We are only third party that depending on mainly tiktok, lazada upcoming will be shopee. So for management side forecast the volume will be increased under which data? Mileage dah rendah 0.11sen per km. Previously u guys increased the Kpi 80 parcel for rm1.3 we still accept because its reasonable but after 2 months management decide to increase another 40 parcel which come to total of 120 parcel for rm1.30. Its ridicilous and unreasonable. I am ex staff of shopeexpress. And please dont become like shopee that only last for 4years and due to lack of skill on management side the company now totally collapse. Think for the longterm. Why lazada still reasonable? Please take a moment and think la boss

Bobby je Yang kenal kenal la. Btc sp (Batu caves, 2023-09-29)

#3

Saya sebagai kurier driver tidak bersetuju dengan skim baru yang dibuat oleh management Flash. Penurunan komisen memberi tekanan kepada driver/rider..tidak adil dan tidak berbaloi dengan tenaga yg digunakan dlm setiap penghantaran..elaun minyak diturunkan komisen diturunkan ko nk kami mkn apa?? Ko duduk dlm ekon pikir2 je pastu ko mkan gaji org yg berhempas pulas utk naikkn company ko..jgan jadi taik..mai sini trun padang buat kerja org bawah baru kita deal mcm mne..BABI

Arol Yang tau je tau (Batu caves SP, 2023-09-29)

#4

Dari 70 parcel naik ke 80 parcel kami tidak membantah .tetapi skim yang baru ini kami sangat membantah kerana tidak logik dan tidak masuk akal .ini kerana , volume parcel tinggi untuk setiap hari tidak menentu .dan bukan banyak setiap hari .

SAM YANG TAHU JE TAHU (BATU CAVES BTC SP, 2023-09-29)

#11

Saya tidak setuju

Sahid Mohd noor (Bagan serai, 2023-09-29)

#12

Benda ni x logik,kami nak kena bawa 120 parcel,sedangkan parcel COD lagi banyak dari parcel NONCOD.. sedangkan 1 parcel COD ambil masa 2-4 minit,ni pula nak pod 120parcel.. tu belum kena cuaca yg x menentu.. minyak kereta sekarang pun x dapat nak cover dengan harga rate yg company bagi,kami pula yg kena bawa keluar duit lebih untuk isi minyak hari².. belum masuk maintenance kereta lagi..
Agak² org yg buat sistem ni pernah rasa ke apa yg kami rasa sekarang ni..

Muhammad Yang kenal kenal la (Batu caves, 2023-09-29)

#13

Kenaikan 120 parcel utk rm1.30 perparcel adalah tidak logic kerana untuk harian yg sedia ada skrg pun susah nak dapat 90 parcel utk per harian...untuk melakukan perubahan mestilah di lihat secara fizikal yg harian setiap bulan boleh mendapat 120 parcel sehari bru boleh melakukan perubahan.. perubahan baru je berlaku tak smpai 2-3 bulan dah berlaku lagi. Perubahan ini berlaku pun tidak mengambil pendapat setiap sp dan statistic sblm membuat perubahan..

Par Yg kenal je kenal (Setapak, 2023-09-29)

#14

saya bantah dengan penurunan kadar komisen untuk courier.......sekarang zaman barang semua mahal kalau komisen turun kami semua nak makan apa???kami banyak komitmen yang harus dibayar jadi tolonglah yee.....FLASH JANGAN LUPA DIRI YEE KALAU KAMI BERHENTI SURUH HQ HANTAR BARANG

Kawan bob kuih keria Hahahahaha (Melaka, 2023-09-29)

#15

Saya tidak bersetuju dengan sistem komisyen yang terbaru ini

Ahmad Ibrahim (Melaka, 2023-09-29)

#16

Saya tidak setuju dengan komisyen yang terbaru , saya bantah !

Zulhilmi Zulkifli (Melaka, 2023-09-29)

#17

saya tidak bersetuju dgn kadar komisen yg baru..amat membebankan kurier

Bukan Kurier Sebenar (melaka, 2023-09-29)

#18

komisen pada parcel tidak masuk akal/adakah flash sudah lupa diri.. tanpa kami siapa anda

mohammad hamzah yusof hajar (melaka , 2023-09-29)

#19

Kos Sara Hidup makin tinggi...komisen dan fuel allowance menurun...ingat² sikit ...yang menggerakan courier service ni adalah kurier sendiri..yang orang atas duduk dlm aircond hanya menindas staff bawahan...tiada kurier driver/rider tiada business ni

Mat Top Ten Bin Mat Tonggek (Batu Caves, 2023-09-29)

#20

Saya tidak setuju dengan kadar komisen yang baru, amat membebankan kurier

Pedasss Super (Jasin, 2023-09-29)

#21

INI SATU PENINDASAN ...ORANG ATAS DUDUK DALAM AIRCOND MAKAN NASI,STAFF NAK BAGI MAKAN PASIR ...JANGAN SERONOK SANGAT ORANG ATASAN..LINGKUP BUSINESS NI KANG

Mat Di (Alor Setar,Kedah, 2023-09-29)

#22

Syarikat tidak adil

Rong Rong (Perak, 2023-09-29)

#23

Ingat jadi courier ni mcm penjual aiskim ke..harga aiskim malaysia skrg pon dah rm2 lagi mau turun itu komisyen ka?! Org lain pon nk kaya jgak..pikir lah sikit jadi courier ni banyak risiko, boleh jadi kemalangan jln raya bukan duduk dlm aircond tunggu customer.. tak kira lagi cuaca panas ke hujan..org yg jual aiskim naik motor tu pon duduk bawah payung la sibat!! Siap ada peti ais lagi..tak payah lah turunkan harga komisyen tu,skrg pon dh ok tapi lagi bagus kalau naik kan harga.
Lagi satu kalau boleh kurangkan barang yg ada cash on delivery(cod). Tq

Mat Cool (Btc, 2023-09-29)

#26

Komisen sekarang tak padan dengan penghantaran,mentainace van,tambahan minyak dan juga gaji..harap boleh kekalkan komisen yg asal...

Firdaus Mohd isa (Kuantan, 2023-09-30)

#27

Skim terbaru adalah sangat tak adil kepada pekerja. Kami telah bekerja keras sehabis baik untuk syarikat ini dan ini adalah balasan yang kami dapat dengan duit elaun minyak telah dipotong dan memaksa kami mengeluarkan duit sendiri untuk buat kerja. Tolong ubah skim ni kepada yang sebelum ini.

Amirul Aiman (Triang, 2023-09-30)

#28

Membantah permotongan comisen

Fiq Shid (Gombak, 2023-09-30)

#29

Mcm mana mau jaga maintenan kereta

Az Tam (Keningau, 2023-09-30)

#30

Membantah skim komisen sekarang..

Zulhilmie Aminuddin (Kampar, 2023-09-30)

#31

tidak menyetujui skim komisen yg baru

Mohammad Syaifullah Zainudin (Kuala Selangor , 2023-09-30)

#32

Saya sangat tidak berpuas hati dengan sistem komisen yang baru

Amirul Jaslie Jafri (Melaka, 2023-09-30)

#33

saya tak puas hati kos sara hidup tinggi. beras pun dah naik harga. roti pun dah naik harga.

kymie madness (sri gombak, 2023-09-30)

#36

Saya bantah. Kekalkan benefit yg ada dan perbaharui dgn menghargai semua staff adalah lebih baik dari mengurangkannya. Tq

Noramirah Azhar (Gombak, 2023-09-30)

#37

Saya tidak setuju harga komisen penghantaran menurun terlalu mendadak.

Amira Binti Abdullah (Johor, 2023-09-30)

#39

tak setuju dengan komisen

saiful saiful (mentakab, 2023-09-30)

#40

Harga barang semakin naik , kos sara diri makin tinggi , takkan baru nak maju sikit dah nak buat pekerja macam ni , jangan lupa diri , baru nak naik je , rider bermati matian , senang senang je nak buat macam ni , cuba la hantar parcel , duduk tempat rider , berapa sangat je komisen tu , boleh ke makan mewah hari hari , cukup cukup makan je

Muhd Akhmal (Kuala lumpur, 2023-09-30)

#41

Tidak setuju sama sekali. Dengan elaun minyak yg tidak mencukupi dan perubahan skim komisyen yg baharu.

Muhammad halisshafik Bin samsir (Klang, 2023-09-30)

#44

rate nya membunuh kurier

Setsuna Sora (alor setar, 2023-09-30)

#45

Sepatutnya Flash harus meningkatkan kadar bayaran komisyen disebabkan kurier memainkan peranan penting dalam bisnes menghantar parcel. Kurier bertungkus lumus bekerja tetapi bayaran sangat rendah.

Siva Ramajanran (Shah Alam, 2023-09-30)

#47

saya akan tanda tangan ini kerana skim komisen yang telah diperbaharui ini sangat tidak relevan kerana kuantiti penghantaran parcel setiap hari sangat sedikit . bagaimana hendak mencari hasil ..

Amir Faizal Elias (Shah Alam , 2023-09-30)

#48

Saya tidak bersetuju dengan perubahan yg drastik dilakukan company pada minimum produktiviti untuk mendapatkan maximum rate 1.3 ... dsbbkn volume yang tidak menentu dengan kurier yg ramai dan pickup task yang banyak yg perlu dilakukan pada kurier .. ianya tidak adil .. harap company kekalkn seperti yang sebelum ini 80parcel rate 1.3 ... please appreaciate your staff supaya kami dapat berikan komitmen yg telus pada company

Anak Soleh (Shah alam, 2023-09-30)

#50

Sistem berat sebelah. Potongan komisen sangat banyak. Dengan komisen yang rendah. Courier makin tertekan untuk bekerja

Lekiu Faez (Ttdi, 2023-09-30)

#51

Saya tidak bersetuju dengan rate komisen yg seakan menindas pekerja

Abdul Rizal Tiksai (Lahad Datu, 2023-09-30)

#54

Komiyen naik secara mendadak and kapasiti untuk rider moto untuk bawa parcel sngat bahaya

Mohamad Yunus (Kota tinggi johor, 2023-09-30)

#56

Saya akan tanda tangan ini kerana kadar bayaran komisen yang rendah dari sebelumnya

Wan Hussin (Selangor, 2023-09-30)

#58

Perbeza kuantiti parcel dgn amount komisyen terlalu berbeza dgn yg lama. Minyak sehari kereta pun rm20 belum masuk maintenance masa kerja sehingga 7mlm paling awal..mana lagi nak kejar pickup xambil pickup kena penalty minyak tanggung sendiri setakat 11sen rm5 henggit isi minyak motor pun xlepas...purata parcel 70 so max boleh dapat rm 63 tolak minyak n maintenance tinggal rm 38 purata sebulan 998 Tu pun klu parcel Ada 70 klu xda...mana nak cukup untuk tampung kos kehidupan sekrg...harap dipertimbangkan

Az Razali (Gombak, 2023-09-30)

#59

Baik

Hafizi Hashim (Senawang, 2023-09-30)

#60

Saya tak setuju dengan rate komisen.

MOHAMAD MASJEDE BIN ZAINOL (Tapah, 2023-09-30)

#63

terlalu rendah komisyen

Nik Hafiz (kuala kubu bharu, 2023-09-30)

#64

tidak menguntung kan dah merugi kan pekerja..orang atasan tak da kerja lain ke selain menyusah kan pekerja

Rahmat aizat (seremban, 2023-09-30)

#65

Penindasan

Cina Man (Kuala krai, 2023-09-30)

#68

ya stuju

a.j. afyque (alor setar, 2023-09-30)

#69

I am signing this petition due during signing the employment agreement, it is not stated that the commission will be adjusted according to economy trends etc. Hence, our petrol claims also reduce from day to day. As employee, I felt disappointed with Flash Express, as on the first few months working with them, I found they are the best logistics company ever. But now, they are same. Looking forward to remain existing commission and petrol allowances.

Qiba - (Shah Alam, 2023-09-30)

#70

Bayaran komisen tidak berpatutan

Abdul Salem bin Mohd. Haris (Sibi, 2023-09-30)

#71

Saya tak setuju dengan penurunan komisen ni penalti laju je kau bagi basic kau kurang kan elaun kau tolak harga parcel kau tolak gaji makcik sapu sampah lagi padu dah la nak sambung hantar parcel

MUKHLIS DUK SEKSYEN 8 Kerabat di raja london (RAHSIA, 2023-09-30)

#72

Tidak bersetuju dgn perubahan komisyen...

Muhammad Afiq Ponimin (Temerloh , 2023-09-30)

#73

Kalau barang sikit macam mana?

Hezmy aniq Bin huzairi (Kajang, 2023-09-30)

#76

Susah nak reach target.skrg pun Sampai rumah pkl 10 mlm

Aracen Munisamy (Subang jaya, 2023-09-30)

#77

Saya tandatangan kerana skim ni Şangay bullshit kepada kurier. Flash memang mangkuk

Muhammad Alif Zawawi (Shah Alam, 2023-09-30)

#78

Skim komisyen ni sangat tidak efektif untuk courier.

Amierul Ismail (Bayan Lepas, 2023-09-30)

#81

Tidak bersetuju

MUHAMMAD NAZIRUL ASRAF MOHAMAD HUSMANI (ARAU, 2023-09-30)

#82

Saya tidak bersetuju dengan perubahan skim komisen syarikat Flash Express kerana ia tidak adil untuk semua. Kelebihan terletak pada kawasan yang mempunyai kemasukan barang yang tinggi terutama bandar. Perbezaan ini akan menjejas banyak dan beban untuk sesetengah kawasan. Masa penghantaran 100 barangan di bandar tak sama dengan 100 barangan di kawasan kampung dan terpencil.

Mohammad Afnan Mohammad Salleh (Banting, 2023-09-30)

#83

Saya tidak setuju dengan hrga commision y Baru..terlalu menbeban kn kurier

Luthfi Ramli (Arau, 2023-09-30)

#85

Ingin membantah skim komissyen terbaru flash express

Nazrul yusri (arau, 2023-09-30)

#86

Tak bersetuju dgn rate parcel delivery yg baru

Faizul Ramzi (Batu caves, 2023-09-30)

#87

Tidak bersetuju dengan kadar komisyen baru

Atika Zainal (Teluk intan, 2023-09-30)

#88

minyak dh trun bayaran dan sekrg komisen diturunkan lagi? So mcm mana kami para driver dan rider ni nk teruskn hidup?

Anna Chan (Batu caves, 2023-09-30)

#89

Kesian pada mereka

Norazwan Mohd jamil (Kepong , 2023-09-30)

#91

Apa la punya bangang company Ni,korang X nampak ke budak kurier Ni bekerja berhujan berpanas..dengan karenah customer LG..ITU ink nak di tolak...berapa korang bayar gaji diorang? 7k 8k?...pakai la OTAK sikit weii..dengan Kos Sara hidop dah tinggi,semua barang Naik Harga..eh Aku PULAK YG Naik bengang dengan isu Ni...sebanyak mana LG barang YG diorang nak kne bawah seharian...nak smpai lewat Malam Masih mnghantar barang...diorang bukan lembu la...akh Rasa baik budak kurier Ni resign ramai2 Baru ade akal DIA NK tanggung rugi...bastard..

Azmin Azim (Damansara, 2023-09-30)

#92

membantah skim komisen baru

mohamad ishak (batu caves, 2023-09-30)

#93

Terbeban dengan kerja dari pagi sampai malam dengan komisyen yang sangat rendah

Faris Frs88 (Alor setar, 2023-09-30)

#94

Saya tak berpuas hati dengan kadar komiyen setiap Satu parcel... Kita org hujan panas... Kena making dengan customer lagi... Sy harap pihak hq Flash Express pertimbangkan balik kadar komiyen parcel... Terima kasih

Kamarul Ariffin (Subang jaya, 2023-09-30)

#96

Saya akan tandatanganinya kerana couriers ini perlukan lebih duit pada ekonomi seperti ini . Dan saya berani kata bayaran yang telah disediakan sebelum ini adalah amat berbaloi buat courier di flash ini . Dengan inbound yang sangat tinggi sehingga hampir mencecah 2k di sp saya , ianya adalah tidak berbaloi dengan bayaran yang baru sahaja disediakan .

Zack Bakhtiar (Batu Caves Selayang, 2023-09-30)

#97

Saya mempunyai komitmen yang tinggi. Nak sara keluarga. Barang setiap hari tidak menentu kuantiti. Kadang banyak. Kadang sikit. Jadi, tolong lah jangan turunkan harga parcel ni

Syahir Shukor (Batu Caves, 2023-09-30)

#98

Saya membantah sekeras kerasnya pembaharuan komisen di dalam sistem flash express kerana kebanyakan parcel mempunyai sistem "cod" dimana akan melambatkan kerja kurier dan menyusahkan kurier.selain itu,kekurangan parcel di setiap area membuatkan courier tidak dapat mancapai target 120 parcel untuk setiap hari.disebabkan hal demikian,pembaharuan sistem komisen adalah tidak patut sama sekali...sekian terima kasih

Muhammad Izzuddin (Batu caves, 2023-09-30)

#99

Komisyen terbaru tidak berbaloi dengan kerja yang kami hadapi sekarang..dengan kos sara hidup yang tinggi...dengan komisyen tu la untuk kami tambah duit isi minyak untuk meneruskan tugas penghantaran

Ikhwandi Yanto (Kuala lumpur, 2023-09-30)

#101

Tidak terima tentang komisen dan tidak masuk akal..

Iman Puasa (Muar, 2023-09-30)

#102

Tidak berbaloi dan ditambah dgn rate minyak lg, duit mnyk lg bnyk kena topup sendiri

Sobrie Latip (Sandakan, 2023-09-30)

#103

bantah kerana byk elaun yg dipotong kau nak suruh aku makan pasir

WAN MOHAMAD FAZIRULAMIN AKBAR BIN WAN JAFFAR (ULU TIRAM, 2023-09-30)

#104

TIDAK SETUJU DENGAN SKIM BARU INI.. kembalikan semula 70 parcel Rm1.30

MUHAMMAD NURSYAFIQ BIN ABDUL RAHMAN (ULU TIRAM, 2023-09-30)

#106

Sekiranya 7parcel -90parcel rm1 dan 91parcel-110parcel rm.13 saya setuju dan masih boleh menerima . akan tetapi 120parcel untuk rm1.3 terlalu sukar untuk barang yang bergini

Jonny yespapa (shah alam, 2023-09-30)

#107

Tak setuju kadar komisen ya g baharu kerana memandangkan faktor ekonomi sedang meningkan naik dan memberi masalah kewangan kepada kami. Harap pihak flash express dapat mempertimbangkan dan kembalikan kadar komisen seperti sebelum ini.

Muhamad Muhamad (Petaling Jaya, 2023-09-30)

#108

Saya bantah... kalau boleh jangan la turun ini saja peruik nasi saya ....kesian lah dekat courier..itu la luahan hati saya harap mendengar HQ...

Muhammad bin rosli (KLANG, 2023-09-30)

#111

Syarikat hanya mementingkan orang atas yang tak banyak berjasa seperti courier , setiap hari dimaki oleh pelanggan menunggu waktu hujan dan panas , tapi yang kenyang diatas duduk dalam ofis berekon , kami yang sebagai courier terus terbeban , disebabkan utk keistimewaan orang diatas , tolong ambil tindakan

En Wan (Johor, 2023-09-30)

#112

menyokong

Sham Eric (kulai, 2023-09-30)

#113

Saya xpuas Hari dengan penurunan hrga komisyen...Kita hnta rmh flat kne Naik..brang remaining hri cuti pun kne remaining kerja byk..n hrga penghantarannyg tebaru mmg xmunasabah dgn basic gaji low..allowance kreta pun low..fikirkan hq ..harga mmg x berbaloi utk mse depn..hrp xjd hrga baru tqvm..spatutnye parcel hrga lain hurmm

Ohd Shaik (Subang jaya, 2023-09-30)

#114

Pandangan saya sebagai courier yang masih bekerja. Skrg nak cari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah pada masa ini. Klau bandingkan rate komisen dgn company lain, flash masih top 1. Kuantiti parcel flash masih meningkat, semakin banyak parcel bagi aku, semakin banyak pendapatan aku. Bagilah dia org resign saya lebih happy , komisen lagi tinggi.

Aidil Mohd (KL, 2023-09-30)

#117

Flash dah merana rugi bertahun-tahun, dengan pelanggan asyik serang harga. Tapi company tok sentiasa betul bayar gaji tepi maso…

Shuhada Nur (Kedah, 2023-09-30)

#119

Komisyen yg diberikan oleh Flash adalah antara yg tertinggi di luar sane. So kite orang kena berusahalah lebih sikit….

Zulkifli Ahmad (Sepang, 2023-09-30)

#120

Saya tidak setuju dengan rate komisen skrg ni

Zaki Zacky (BATU PAHAT , 2023-09-30)

#121

Bersetuju

MUHAMMAD SYAFIQ ABU TALIB (BAHAU, 2023-09-30)

#123

Flash merupakan company yang membayar komisen tertinggi kepada kurier jika dibandingkan dengan compqny lain.

Fikri Ayub (Penang, 2023-09-30)

#124

1. Persaingan sekarang sangat sengit. Flash telah mengalami kerugian yang serius selama bertahun-tahun, dan pelanggan telah menurunkan harga. Walau bagaimanapun, syarikat tidak pernah menangguhkan pembayaran gaji dan sentiasa membayar wang tepat pada masanya.
2. Flash sentiasa menjadi syarikat yang mempunyai komisen tertinggi di Malaysia. Walaupun telah dikurangkan, ia tetap syarikat yang mempunyai komisen tertinggi.
3. Saya seorang pekerja flash yang rajin. Saya masih bekerja di outlet. Bukan mudah untuk mencari kerja sekarang. Berapa banyak yang anda perolehi bergantung kepada kerja keras. Jumlah fail flash semakin meningkat. Semakin banyak kerja anda lakukan, lebih banyak yang anda lakukan. Lebih banyak yang anda perolehi.
4. Setiap outlet ada orang yang malas. Kalau keluar, saya akan lebih gembira sebagai seorang yang rajin courier. Saya boleh hantar lebih banyak parcel, dapat lebih banyak kerja, dan dapat komisen yang lebih tinggi.

Akram 124 (Alor setar, 2023-09-30)

#125

Saya tidak berpuas hati dengan skim terbaru Dari flash. Ini satu penindasan kepada kurier Dan tidak adil.

Leni Anuar (Klang, 2023-09-30)

#126

1. Saat ini, persaingan sangat sengit, dan Flash telah mengalami kerugian selama bertahun-tahun, sementara pelanggan terus menekan harga. Namun, perusahaan selalu tepat waktu dalam membayar gaji tanpa pernah menunda.

2. Flash selalu menjadi salah satu perusahaan dengan komisen tertinggi di Malaysia, bahkan setelah penurunan komisen, masih menjadi yang tertinggi.

3. Saya sendiri adalah pekerja Flash yang rajin. Saya masih bekerja di pusat pengiriman, dan saat ini sulit untuk mencari pekerjaan lain. Seberapa banyak yang kita hasilkan sangat bergantung pada upaya kita sendiri. Volume pengiriman Flash terus meningkat, jadi semakin banyak yang saya kirimkan, semakin banyak komisen yang saya dapatkan.

4. Setiap pusat pengiriman memiliki orang yang malas, dan saat mereka pergi, sebagai kurier yang rajin, saya merasa senang karena saya dapat menangani lebih banyak pengiriman dan mendapatkan komisen yang lebih tinggi dengan "kerja lebih banyak, hasil lebih banyak".

Ali PRK (Ipoh, 2023-09-30)

#127

Tidak bersetuju dgn jumlah parcel cod yg terlalu tinggi tapi kadar rate ditinggikan

Asri Abdullah (Puchong, 2023-09-30)

#128

Dari 70 parcel naik ke 80 parcel kami tidak membantah .tetapi skim yang baru ini kami sangat membantah kerana tidak logik dan tidak masuk akal .ini kerana , volume parcel tinggi untuk setiap hari tidak menentu .dan bukan banyak setiap hari .

Muhammad Arasy Aqashah Mohd Yunus (Puchong , 2023-09-30)

#129

Syukur Alhamdulillah, Flash tak buang pekerja lagi, harap Flash boleh bertimbangkan kos sara hidup yang semakin tinggi ,pada masa akan datang meningkatkan komisen atau gaji kami.

Hisham Abdullah (Kuantan, 2023-09-30)

#131

Flash telah mengalami kerugian serius selama beberapa tahun ini disebabkan persaingan yang sengit. Selain itu, pelanggan masih lagi menurunkan harga. Walau bagaimanapun, syarikat tidak pernah menangguhkan pembayaran gaji dan sentiasa membayar wang tepat pada masanya.

Izwan Fakrul (KUALA LUMPUR, 2023-09-30)

#132

Tidak setuju dengan pembaharuan komisen yang tidak memberi manfaat kepada saya dan kurier yang lain. Ini satu tindakan yang tidak adil

HAZWAN MUHAIMIN (MANJUNG, 2023-09-30)

#134

tidak puad hati terhadap commision flash express

Sakthiv DN (penang, 2023-09-30)

#135

Saya tidak bersetuju dengan kadar komisen yang terbaru kerana tidak wajar dengan keadaan atau situasi yang dilalui oleh kurier seperti cuaca yang tak menentu , masa kerja yang terlalu berlebihan sehingga larut malam dan tiada masa untuk berehat , saya mengharap pihak atasan pertimbangkan semula kadar komisen baharu ini kerana tidak sepadan dengan kepenatan usaha kurier yang menghadapinya , harap pihak atasan menghargai usaha kami semua .Terima kasih :)

Asyraf Mahadzir (Kulai, 2023-09-30)

#136

Kerana ingin pertahankan komisyen sebelum ini

Fahmi k Kamaruddin (Ayer tawar, 2023-09-30)

#138

Rate baru agak menindas courier..sistem mengarut

Suzairie Suhamimi (Kuala krai, 2023-09-30)

#141

Saya tidak bersetuju dgn komisen terbaru ini...

Zulfadli Shukri (Pokok sena, 2023-09-30)

#142

Kerana area yang sangat besar dan minyak yang sangat sedikit

Daniel Ismail (Cyberjaya, 2023-09-30)

#143

Saya tidak bersetuju

Naim Noordin (Pokok sena, 2023-09-30)

#144

kadar rate yg tidak sepatutnya naik terlalu mendadak..kuatkan sistem flash dulu..jadikan lebih sistematik..bukan sibuk kurangkan komisen dan minyak courier..tanpa courier tak akan ke mana company..harap flash ni dapat bertahan lama sebab selesa kerja bersama flash..tapi bila jadi macam ni separuh semangat hilang..tak minta lebih..minta kekalkan dulu apa yang ada sekarang..mantapkan sistem dan apps flash tu dulu..

Fadhli Kamarudin (kulai, 2023-09-30)

#145

Tidak bersetuju dengan skim komisen terbaru

Mohamad Arymin Bin Harun (Semenyih , 2023-09-30)

#146

Saya tidak setuju commission di kurangkan,,, hantar parcel banyak,,, minyak guna duit poket sendiri

Chik Reez (Semenyih , 2023-09-30)

#147

Komisen yang ditetapkan sekarang tidak berbaloi dgn tugas Yang dilakukan

Ahmad kamal Syukri (Nilai 3, 2023-09-30)

#148

JANGAN KACAU PERIUK NASI KAMI.

Qamaruddin Zainuddin (Senai, 2023-09-30)

#149

Saya tidak bersetuju atas skim komisyen terbaru dari flash

Muhammad hakim bin hussin Hussin (Senai, 2023-09-30)

#150

Saya tidak berpuashati dengan "tawaran" komisen untuk kurier yg baru oleh HQ Flash Express dengan menambahkan beban kerja dan menurunkan komisen kurier. Kurier hanya berkerja dari jam 8 hingga 5 petang. Setiap kurier ada route masing² dan beban menghantar tidak dibahagi sama-rata. Sebagai contoh, kurier Shah Alam di Seksyen 16 atau 17 mampu menghantar lebih 120 parcel (ikut tawaran baru) dalam waktu kerja 7.5 jam kerana kawasan sangat kecil dan berdekatan dengan SP. Jika dibandingkan dengan kurier di seksyen 13 atau 22 yang terpaksa berhadapan dengan jarak SP yang jauh dan kawasan penghantaran yang besar. Sangat tidak adil kerana beban kerja tidak setara dengan komisen baru yang ditawarkan. Saya tidak berpuashati juga kerana HQ Flash Express baru sahaja menukar perkiraan komisen beberapa bulan yang lepas. Saya masih lagi tidak biasa dengan kiraan baru yang menekan penghantaran yang banyak sedangkan kawasan penghantaran saya parcel² sangat kerap tidak dapat memenuhi kuota minimum rm1.30 (80 parcel). Sangat jelas kiraan komisen baru ini direka untuk menurunkan pendapatan kurier dan menambah beban kerja yang tidak setimpal. Kenyataan "Mekanisme berdasarkan usaha lebih" sangat mengelirukan dan sangat tidak adil kepada kurier² Flash Express. Oleh itu saya turunkan tandatangan ini kerana tidak berpuashati dengan tindakan HQ Flash Express ini.

Eff Mu (Shah Alam , 2023-09-30)

#152

Harga komisyen yang terlalu rendah

Khairulanwar Ahmad Danuri (Subang Jaya , 2023-09-30)

#155

Tidal bersetuju dgn skim commission yg baru

Muhammad Suati (Kajang, 2023-09-30)

#156

Saat ini persaingan sangat sengit. Flash telah mengalami kerugian selama bertahun-tahun, pelanggan terus mendorong harga, tetapi perusahaan tidak pernah sekali pun menunda pembayaran gaji, semuanya tepat waktu.

hannan bin steve (SABAH, 2023-09-30)

#157

Kacau periuk nasi courier.dah la elaun minyak di turun kan.sekarang rate komisen jadi kurang.korang tak fikir ke.kalau tempat yang kurang parcel .macam mana nak arcive target 120 parcel tu.

Adeq Mie (Cheras hulu langat, 2023-09-30)

#158

Saye tidak setuju comisen di kurang kan

Sharir Lahmi (SBJ, 2023-09-30)

#159

Saye tidak setuju comisyen di kurang kan

Adam Azman (Sbj, 2023-09-30)

#161

Saya tidak bersetuju dengan sistem komisyen yang terbaru ini.

Sazwam Ramli (Kuala Lumpur, 2023-09-30)

#162

kerana merasa tidak adil terhadap komisen yang baru ditetapkan

MUHAMMAD SYAFIQ (Kapar, 2023-09-30)

#163

tidak berpuashati kerana mngurang kn kadar komisen...

saiful ahmad (sbj, 2023-09-30)

#165

Saya sokong

Mohamad Yushaq (Kl, 2023-09-30)

#166

Ia nya tidak adil kerna jika dikira secara kasar ia mengurang kn 1/3 Dari gaji bulanan

Ayeen Saat (Kjg, 2023-09-30)

#169

Sy merasakan sistem komisyen ini terlalu tinggi dan susah utk mencapai target setiap hari

Ahmad Lutfi Ab hadin (Wangsa maju, 2023-09-30)

#170

Penurunan jauh beza dari sebelumnya

Syafiq Razali (Pontian, 2023-09-30)

#171

Skim Komisen yg menyusah kan rakyat marhaen . SAYA ULANG!!!!

PMX Ytjt ( Chemor , 2023-09-30)

#173

membantah sekeras kerasnya skim komisen terbaru

Muhammad Afiq Syauqi bin Mohamad Kamal (Shah Alam, 2023-09-30)

#175

Low commission keep cut cost

Nur Suhada (Btc , 2023-09-30)

#176

Komishen yang tidak masuk akal , kami ingin kan komisem asal. Jangan jadi seperti j&t .

Apim Apim family (Muar, 2023-09-30)

#178

saya akan tandatangan kerana tidak bersetuju dengan kadar bayaran komisyen yg baru ini kerana tidak munasabah dan tidak setimpal

Dharma Arshad (Kajang, 2023-09-30)

#181

Saya tidak bersetuju dengan pengurangan komisen sebab untuk mendapat kan 120 parcel kena cover area besar..

Syafiq Keluarga (Shah alam, 2023-09-30)

#182

1、现在竞争非常激励,flash这么多年亏损一直很严重,客户还一直在压价,但公司从来没拖延过一次发薪,都是准时发钱。
2、flash 一直是马来西亚提成最高的公司,即使降了也是提成最高的公司
3、我本人是勤恳工作的flash员工,我还在网点工作,现在也不太好找工作,人挣多少是要靠努力来获得的,flash的件量一直在涨,活多了干的多赚到的就多。
4、每个网点都有偷懒的人,他们走了我作为一名勤奋的快递员更高兴,我可以派更多的件,多劳多得,拿更高提成。

Yz Tan (Rawang, 2023-09-30)

#183

Sekarang ni competitive banyak, luar pun susah dapat kerja, yang tau lain company tak der EPF dengan Socso, yang flash ni ada, dengan barang sekarang ni dah banyak jadi mereka pun akan fikir cost control ini pun dah biasa untuk semua logistic dengan courier company, jika sekarang commission ada adjust, at least masih ada EPF dengan Socso boleh save sikit wang untuk future, sekarang ni hanya boleh buat yang hantar banyak sikit barang untuk achieve i punya target untuk maintain i monthly punya commission untuk stable hidupan keluarga i.

Ashraf Bin Abdul Wahab (Shah Alam, 2023-09-30)

#184

Saya bekerja sebagai courier company lain. Saya support

Nazrul Hady (Jb, 2023-09-30)

#185

Saya tidak bersetuju dengan komisen terbaru ini. .kami hanya mencari rezeki untuk anak bini. . dengan komisen terbaru ini kami tidak lagi bersemangat untuk mengejar pod

Ryyzal Kamarudin (Alor setar, 2023-09-30)

#186

Flash express tidak adil

Mohd Amirul (Johor, 2023-09-30)

#187

Saya tidak bersetuju rate komisen di turun kan!!!!!

Irfan afiq Razali (Kuala krai, 2023-09-30)

#190

Rate komisen yang tidak lagi berbaloi .. dan kerja di paksa .. kerja lebih daripada jam 5 tiada ot ..

MOHAMMAD SAIFUL ALBARAKAH BIN HASSAN (Klang, 2023-09-30)

#191

Sistem ini tidak wajar

Faiz Fahmi Azmi (Bagan serai, 2023-09-30)

#192

Route kangkang brg x byk. X berbaloi.

MrDean Jean (Rawang, 2023-10-01)

#193

Saya tidak bersetuju kadar baharu komisen flash dengan pembayaran minyak . Hampir semua sektor harga naik . Kenapa flash menurunkan harga . Yang 1,Tak ada kenaikan gaji bagi kurier yang lama . Seolah2 ,flash tidak menjaga kurier hanya menyenangkan staff atasan . Kami yang bekerja di lapangan seperti terabai . Yang ke2,saya membantah elaun minyak di potong kerana . Jarak penghantaran parcel pertama ke parcel ke2 menggunakan minyak bukan air . Tak kira barang besar atau kecil .yang terakhir. Orang atasan perlu menjemput wakil 2 atau 3 org setiap hub untuk mengadakan mesyuarat .

Ben Sbj (Shah alam, 2023-10-01)

#194

Saya tandatangani petisyen ini kerana saya tidak bersetuju dengan skim komisyen terbaru untuk kurier ini.Jika barang banyak mungkin bagus untuk kurier.Tetapi jika barang sikit kurier akan terjejas teruk dalam segi komisyen jika dilaksanakan skim terbaru ini.Dengan itu saya sangat tidak bersetuju dengan skim terbaru ini.

MOHD NASIR ABDUL HAMID (CHERAS, 2023-10-01)

#195

Tidak berpuas hati dengan rate komisen yang baru ini .pihak flash tidak menjaga courier yang ada.120 parcel baru rm 1.30.bukan mudah nak dapat kan 120 parcel 1 hari.route saya nak daoat 120 pun susah.dah la elaun minyak pun pihak flash turun kan.memang ramai la yang angkat kaki tinggal ksn flash.

Ratnawati Abdul kadir (Cheras hulu langat, 2023-10-01)

#200

Flash masih bayar tepat pada masa tahun ni. Komisen sini masih tertinggi berbanding syarikat lain dan komisen sy tinggi selagi saya kerja kuat.

Pekerja Flash (BTC, 2023-10-01)



Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Learn more...