PETISYEN KOS SARA HIDUP
Komen
#2
Setuju dengan petisyen iniMUHAMMAD BIN DZULKIFLI (KUALA KANGSAR, 2023-07-17)
#6
Kerajaan seolah-olah menunding jari kepada rakyat apabila mata wang ringgit jatuh, inflasi, dan kenaikan harga barang mentah. Lebih sedih lagi, kerajaan menutup mata apabila fresh grad mengadu gaji minimum tidak relevan dengan kos sara diri harian, apatah lagi bulanan. Orang yang sudah biasa bekerjaya mungkin pandang kita lembik dan manja, tapi hakikatnya kita masuk ke dunia dewasa dalam keadaan yang tidak stabil. Masalah individu pun terkial-kial untuk menyelesaikannya, ditambah pula masalah ekonomi negara! Maka saya sangat bersetuju dengan petisyen ini.Norhidayah Othman (Petaling Jaya, 2023-07-20)
#7
Saya sebagai seorang rakyat yang biasa mencari makanan halal di luar berasa tertekan dengan kenaikan harga makanan dan minumanRayyan Wong (Johor Bahru, 2023-07-20)
#8
Saya perlukan masa yang lebih untuk belajar berbanding keluar untuk bekerjaMuhammad Qoiyum Suhaimi (Melaka, 2023-07-20)
#10
Melihat harga makanan di mana2 tempat naik mendadak yang disebabkan harga bahan mentah dan segar menaikMUHD SYAHIIR BIN AMAR (PADANG RENGAS, 2023-07-20)
#13
Kerajaan perlu bertindak menstabilkan ekonomiFadhil Ahmad (Sungai Udang, 2023-07-20)
#14
Ingin menuntut agar kerajaan mengeluarkan plan tindakan, strategi perlaksanaan dan seumpamanya dalam menghadapi kenaikan harga barang dan cabaran ekonomi semasa.Mohd Syahmie Bin Hashim (Sipitang, 2023-07-20)
#16
Saya ingin kerajaan yang dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan amanah, adil dan jujur.MUHAMMAD FIRDAUS BIN AZMAN (Pontian, 2023-07-20)
#19
Saya akan tandatanganinya kerana kami perlukan kos sara hidup yang rendah untuk kelangsungan hidup di kampus!SITI AIN AQILAH MOHAMAD ROZY (TANAH MERAH, 2023-07-20)
#20
Kerana makanan yang dijual di dalam kampus terlalu mahalRODHIAH BINTI JAMALUDDIN (Seremban, 2023-07-20)
#23
Saya bukan dari keluarga yang senang, saya perlu mencatu makanan jika tiada duit dan saya terpaksa berhutang dengan kawan atau berlapar untuk seminggu dengan kos yang tinggi untuk makanZati Zaidi (Kuala Terengganu, 2023-07-20)
#24
Harga makanan sekarang memang mahal.. barang dapur pun naik banyak.. bahkan maggi pun dah mahal sekarang.. Nasi lauk ayam & berkuah sebungkus dan RM6 sekarang.. Teh O Ais RM1.50.. alasannya harga barang sudah naik. Dan Harga barang memang dah Naik.. MADANI OIIII.. MAHALDAHNIAkmal Aizat (Kota Bharu, 2023-07-20)
#26
Saya tandatangan kerana saya bersetuju harga barangan sekarang memang makin meningkatAina Yasmin Hamdan (Negeri Sembilan, 2023-07-20)
#34
Saya semakin tertekan dgn khidupan.. kdg tu mkn pon xckup😌🙏🏻Bukan stkat makan,, segala bnda memerlukn duit..Nur shuhada Abu bakar (Sungai petani, 2023-07-20)
#36
Saya sedar akan peningkatan harga barang di pasar raya yang bukan sahaja membebankan diri saya, bahkan ramai pelajar universiti dan keluarga yang akan terjejas dengan hal ini.Salasiah Jumadil (Tanjung Malim, 2023-07-20)
#37
harga barang makin meningkatABDUL MUKMIN (Jitra, 2023-07-20)
#40
YaMUHAMMAD ZULHELMI AHMAD ZULKIFLI (SIK, 2023-07-20)
#41
Saya akan tandatangan kerana isu kos sara hidup wajar didengari oleh pihak berwajib oleh masalah rakyatMuhammad Asyraf Mohammad Zahir (Puchong, 2023-07-20)
#42
Saya mengharapkan pihak kementerian dapat pantau harga di kedai-kedai runcit, seperti tiada kawalan harga.AHMAD AFIQ BIN ROSIDI (Kuala Selangor, 2023-07-20)
#44
Kos sara hidup kian meningkat dalam kadar yang tidak selaras dengan pendapatan individu.Hafiz Khairie (Kota Bharu, 2023-07-20)
#45
Saya amat berharap kerajaan akan menurunkan harga barang2 kerana hari ini sangat susah untuk bertahan, hanya untuk makan pun kadang2 tidak memerlukan duit yang cukupraudhah ismail (kota bharu, 2023-07-20)
#47
Kos Sara hidup tinggiAzri Yusoff (Georgetown, 2023-07-20)
#48
Saya akan tandatanganinya kerana sebagai pelajar IPT amatlah terkesan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi memandangkan jumlah pinjaman pembelajaran tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian seorang mahasiswa dan perlu bergantung kepada ibu bapa untuk melangsungkan hidup di universiti khususnya buat pelajar yang menyambung pengajian di Sarawak dan Sabah. Mohon pertimbang dan semak semula harga dan kos sara hidup rakyat agar semua dapat hidup dengan aman dan tenteram tanpa sebarang masalah berkaitan kewangan perbelanjaan.Puteri Nabilah binti Jefree Shahren (Simpang Ampat, 2023-07-20)
#52
Kenaikan harga barang yang mendadak amat memberi kesan kepada kami sebagai mahasiswa.HAFIDZATUL HASANUDDIN (JITRA, 2023-07-21)
#56
Terlalu membebankan saya budget harian hariniAttif Arifin (Terengganu, 2023-07-21)
#57
Kos sara hidup yang makin meningkat...Dulu-dulu..rm100 sudah penuh troli di pasr raya.sekarang... hanya beberapa barang sahaja sudah mencecah rm 100
Abu bin Radzai (Pasir Puteh, 2023-07-21)
#58
saya penat dgn harga barang yang selalu naik & menyebabkan ramai mahasiswa golongan B40 bekerja sambil belajarTENGKU DAUD (Pasir puteh, 2023-07-21)
#59
Saya berasa sengsara hidup di bawah kerajaan madani. Tidak nampak apa-apa usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kos sara hidup.NURUL SYAZWANI (Kedah, 2023-07-21)
#60
Kenaikan harga barang yang melampau . Kos Sara hidup yang semakin meningkat mengesa kami untuk lakukan pecatuan sebagai seorang studentZaidatul Nazwa (Hulu Selangor, 2023-07-21)
#61
Saya akan tanda tangannya kerana ia saya melihat bertapa gigihnya keluarga B40 mencari duit kerja OT pinjam duit . Di tengah bulanZulaikha Azhar (Sungai Petani, 2023-07-21)
#63
Saya sudah sengsara dengan kos sara hidup harian sebagai pelajar yang tinggi.Sewa rumah kat penang harga xmasuk akalFikrul Rozana (Kepala Batas,Penang, 2023-07-21)
#67
Sebagai mahasiswa, saya mencadangkan agar harga barangan yg dijual kepada mahasiswa diberikan sedikit diskaun kerana mahasiswa lebih banyak komitmen yg perlu ditanggung sebenarnya. Selain menjadi seorang student dan tidak bekerja, kami juga perlu membayar yuran rumah sewa yg beratus ringgit sebulan. Ditambah lagi barangan kerja kursus yang dibeli guna duit sendiri. Makan harian juga sehari boleh lebih dari 10 ringgit. Jadi saya mencadangkan. Turunkanlah harga barang.Nurul Aqilah (Terengganu, 2023-07-21)
#68
RM15 walaupun dilihat biasa namun dalam konteks seorang mahasiswa terasa agak berat apabila dicampurkan dengan kos perbelanjaan lain, seperti barang dapur, bayar sewa, bayar bil elektrik dll akan meningkat penggunaan wang secara total. Jadi alangkah baiknya andai paling kurang pun salah satu daripada kos perbelanjaan tersebut dapat direndahkan bagi mengurangkan sedikit beban kami.Muhammad Mukhlis Bin Ahmad Taufiq (Kulim, 2023-07-21)
#69
Saya turut merasai kenaikan harga barang dan kos sara hidup dan tidak melihat inisiatif kerajaan atas isu ini untuk solusi jangka masa panjang. E-belia dan kempen rahmah bukan solusi konkrit.SITI SYAKIRAH MOHD WAHAMA (BANDAR BARU BANGI, 2023-07-21)
#73
Harga barang kian meningkat saban tahun.Awang Mohammad Afizi Ag Jalaludin (Kota Kinabalu, 2023-07-21)
#74
Kerana saya merasa terbeban dngn harga barang yg sedang melonjak naik yg mengakibatkan kos sara hidup juga meningkatAkmal Hadi Akmal (Endau, 2023-07-21)
#75
Sangat bersetuju dengan petisyen iniAiman Azuki (Kota Bharu, 2023-07-21)
#76
Rasa terbeban kerana sejak sejak ini harga barang naik dengan mendadak diikuti dengan harga bil elektrik. Saya harap tindakan susulan dapat dijalankan oleh kerajaan agar dapat menangani masalah ini daripada terus berlarutan.Ukkasyah Ariff (Mersing, 2023-07-21)
#77
Sebagai pelajar yang belum mempunyai komitmen, dan perlu untuk berbelanja, merasa terbeban dengan harga barang yang kian meningkatRaihana Shukri (Nilai, 2023-07-21)
#78
Saya sokongHidayah Fadzil (Kedah, 2023-07-21)
#79
Kurangkan harga barang, harga buat rumahKhairul Bariyah Kholit bin tayib (Kedah, 2023-07-21)
#80
Kos sara hidup meningkat dari semasa ke semasa melebihi kemampuan keluargaNUR SYUHADA HAFIZAN BINTI OSMAN SHAH - (Kuantan, 2023-07-21)
#81
Harga barang kian meningkat sedikit demi sedikit secara tanpa disedari jika tidak diteliti perbandingan perbelanjaan sebelum dan masa kiniMohamad Zacharee (Kota Kinabalu, 2023-07-21)
#83
Saya akan tandatangan sebab saya bukan Golongan orang yang senang bahkan gaji family Tidak la menjangkau 1800 ke atas dengan sewa rumah lagi.. jadi bila harga barang naik itu menyebabkan beban bagi kami .. jadi ada kesukaran utk membeli barang keperluan dapur.Nuryalifah ayu Abd sanat (Kk, 2023-07-21)
#84
Saya berharap tindakan segara perlu bagi mengatas masalah ini khususnya pelajar dan b40Mohd Gaddafi Imran (Kota kinabalu, 2023-07-21)
#85
Saya akan menandatanganinya agar pihak kerajaan lebih serius dalam menangani isu ini. in shaa AllahNurulhuda Rustam (putatan, 2023-07-21)
#88
Saya menyokong kenyataan GAMIS Malaysia..Kenaikan harga batang semakin meningkatJUSNIE BINTI JUSLIN (Ranau, 2023-07-21)
#93
Kos sara hidup yang semakin meningkat dan harga barang semakin hari semakin meningkat menyebabkan kami mahasiswa terpaksa hadap sahaja perubahan tersebut.Izza Syafiqah Tola (Tawau, 2023-07-21)
#94
Saya mahu menggesa kerajaan menurunkan harga barang.Juliana Abas (Kota Kinabalu, 2023-07-21)
#95
saya sedar peningkatan harga barang ini agak memberi kesan kepada perbelanjaan harian dan kewangan saya sebagai seorang penuntut di universitiAqilah Mohamad (Machang, 2023-07-21)
#96
atas kerana saya menyedari bahawa kenaikan harga barang dan kos sara hidup menyepitkan ruang gerak kerja saya sebagai mahasiswa dan mengakibatkan impak buruk kepada pembelajaran saya sehari - hari.NUR MASHSHAHIZATUL MAZRU (KOTA MARUDU, 2023-07-21)
#97
Kenaikan harga barang pada saat ini sangat menyulitkan kehidupan mahasiswa yang memang sudah sedia kekuranganHuda Hamid (Tawau, 2023-07-21)
#100
Tidak puas hati, terutama harga di Sabah yang makin melambung tinggi, kesian pada kami mahasiswa/wi, terutama yang menginap di luar kampus.MOHAMMAD BIN SEKOL (Kota Kinabalu, 2023-07-21)
#101
Saya bersetuju dengan petisyen ini.Izzah Ilyana (Pasir Mas, 2023-07-21)
#103
KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN MENINGKATMUHAMAD SHAMEER AFZAL BIN RADZUAN (BIDOR, 2023-07-21)
#105
Kos sara hidup yang semakin meningkat jelas menghimpit dan menekan kehidupan terutamanya golongan mahasiswa. Golongan seperti kami masih tidak mempunyai pendapatan sendiri dan hanya mengharapkan bantuan/biasiswa/pinjaman untuk perbelanjaan hidup.IZYAN CAMILA (KOTA KINABALU, 2023-07-21)
#110
Pendapatan isi rumah saya kurang daripada RM3000, mana mungkin saya mempunyai duit perbelanjaan yang berlebihan. Terkadang saya perlu melakukan kerja secara sambilan semasa belajar di universiti.ALISSA SYAH (Marang, 2023-07-21)
#111
Beban kos sara hidup yang semakin melonjak naik telah menyebabkan hidup menjadi lebih tertekan dan hal ini telah dirasakan oleh orang kebanyakan mutakhir ini.HABIB BIN EDI (Sabah, 2023-07-21)
#112
saya bersetuju bahawa kos barang keperluan dan juga perbelanjaan seharian semakin meningkat dan saya amat terkesan sebagai seorang pelajar universitiNORAINIE ZURAINIE MARASAN (LAHAD DATU, 2023-07-21)
#116
Kos sara hidup yang makin meningkat mengehadkan perbelanjaan saya yang bukan sahaja melibatkan pembelian makanan malah barangan keperluan asasNUR SHAFIQAH AZIZ (KUALA TERENGGANU, 2023-07-21)
#118
Sejujurnya, saya sendiri tidak tahan dengan kos sara hidup yang tinggi hari ini. Harga barang yang tinggi ini turut memberi impak yang besar kepada mahasiwa yang ingin membeli barang keperluan. Bukan itu sahaja, kenaikan harga barang ini memberi kesan kepada pembekal makanan contohnya. Juga kepada mereka yang pengusaha kafe di universiti dan kolej kediaman. Harga barang yang naik menyebabkan pengusaha makanan juga terpaksa meletakkan harga makanan yang tinggi. Jadi situasi ini secara tidak langsung memberi kesan kepada mahasiswa.Kadang kala ada mahasiswa bahkan saya sendiri terpaksa buat catuan makanan sendiri untuk survive hari hari. Pernah mengadu berkenaan harga makanan yang terlalu tinggi dengan pengusaha kafe di kolej kediaman saya. Tapi mereka hanya memberi respon "dik, harga barang sekarang naik. Jadi kalau kami bagi harga makanan ni murah, kami sendiri akan rugi."
Jadi saya harap dengan adanya petisyen ini, mampu membuka mata pihak berkuasa untuk melihat bahawa kenaikan harga barang ini bukan sahaja memberi kesan kepada orang awam, tapi juga mahasiswa itu sendiri.
Syifa Humaira (Kota Kinabalu, 2023-07-21)
#119
saya juga merasai desakan ekonomi sekarang yang timggi sehingga saya terpaksa berbelanja lebih dari kebiasaan.Dalam seminggu saya akan berbelanja dan mengeluarkan wang sebanyak RM50,untuk makan minum dan tambang minyak (motor) di kampus, tapi sekarang boleh mencecah 2X ganda dari kebiasaan.Jadi sebagai mahasiswa yang datang dari keluarga yang bukanlah senang, saya berharap sangat supaya pihak kerajaan memandang serius akan isu ini terutama sekali menteri kesayangan rakyat, Menteri Ekonomi, agar dapat mengaplikasikan “formula-formula” yang beliau telah cipta suatu ketika dahulu. Kita taknak formula-formula itu lesap kerana tidak digunakan. Waktu inilah yang sepatutnya beliau tunjukkan akan keberkesanan formula yang beliau ciptakan itu.Mohamad Hafizul Azri (Kuantan, 2023-07-21)
#120
Nur AinNur Ain Mezailee (Sandakan, 2023-07-21)
#124
Untuk mendapat sokongan kerajaan menurunkan harga barangWan Nur Ishazlyana Wan (Kota Kinabalu, 2023-07-22)
#126
saya menandatangani kerana harga barang sekarang terlalu tinggi dan saya kadang-kadang terpaksa mengikat perut demi untuk tidak mengemis wang dari pihak lain iaitu keluarga dan rakan.Elli Huriyah (kota bharu, 2023-07-22)
#127
Saya menyokong tentang perkara-perkara iniAmy Rozaini (Kota Bharu, 2023-07-22)
#128
Kerana saya hanya dapat bantuan zakat rm100 untuk 1 semester (6bulan), adik beradik saya yang masih bersekolah 3 orang, 2 orang lagi di universiti termasuk saya dan adik saya.Syahmi Razali (Johor, 2023-07-22)
#131
Untuk kerajaan pertimbangkan kos sara sekarang. Golongan mahasiswa juga akan turut terkesan sekiranya kos sara akan meningkat pad hari kelak.Nur Nabilah (Rawang, 2023-07-22)
#132
Kesihan terhadp golongan b40NUR RUSYDAH Yakup (Lawas, 2023-07-22)
#138
amat terkesan dgn kos harga barang sekarangtg ismail tg mahmood (kota bharu, 2023-07-23)
#139
Boleh membantu saya dalam menanggung kos sara hidup.. sangat memerlukanSalim Saad (Kota bharu, 2023-07-23)
#142
Saya ingin berlaku nya perubahan pengurangan kos sara hidupAnwar Azizan (Kuala lumpur, 2023-07-25)
#143
sebab tandatangzaleha zakaria (kl, 2023-07-25)
#144
saya sangat terasa dengan harga barang naik ,dan kami berharap harga akan turun supaya kami tak jual harga menu yang mahalAHMAD KAMARULZAMAN (GOMBAK, 2023-07-25)
#145
saya setuju kos sara hidup meningkat kerana bahan-bahan pembuatan kek dan roti semakin meningkat oleh itu peniaga terpaksa meningkat harga jualan untuk mendapatkan hasil ataupun jualan .zamani katchun (wangsa maju, 2023-07-25)
#146
PANDANGAN MENGANAI ISU HARGA BARANG DAN MEMBERI KESAN KEPADA KAMI PENIAGA2 kecilNur SALMIAH binti ABD aziz ABD aziz (Kuala lumpur, 2023-07-25)
#149
Kalau perkara ini diambil tindakan lambat rakyat negara kita akan makin terkesan dengan sangat terukNur Fatin binti Abdul Rahman (Lenggong, 2023-07-25)
#151
Saya tidak mampu belajar sambil menanggung kos sara hidup yang tinggi. Banyak kos yang perlu dikeluarkan seperti bayaran rumah sewa, yuran universiti, keperluan belajar, barang dapur dan lain².Syahmi Aziz (Cheras, 2023-07-25)
#152
Harga barang semakin meningkat menyebabkan saya terpaksa kerja part time untuk sara diriNASRUL ZIKRI ROSDI (SUNGAI PETANI, 2023-07-25)
#155
Terbeban dengan kos sara hidupMuhammad ishak (Selama, 2023-07-25)
#156
Jelas sekali kos sara hidup pada masa kini berlaku peningkatan yang tak munasabah yang membebankan rakyat marhaen.Amir Halim (Tanah merah, 2023-07-25)
#157
Harga barang yang naik melampau membuatkan sata sukar untuk makan makanan yang sihat (buah²an). Saya terpaksa makan makanan segera yang berharga lebih murah untuk mengisi perut.Afiqah Zulkifili (Batu Caves, 2023-07-25)
#158
Saya mahasiswa yang faham akan kos sara hidup yang semakin tinggi.Awang Mohammad Azizan Ag Jalaludin (Kota Kinabalu, 2023-07-25)
#163
Inflasi terlalu tinggiNurhaya Hafiz (TELUK INTAN, 2023-07-25)
#164
Saya menyeru kerajaan mengurangkan harga barang supaya dapat menampung kos sara hidupMuhammad Arif (Pasir mas, 2023-07-25)
#168
Kerana kos sara hidup semakin meningkat dan akan membebankan mahasiswa/wi seperti sayaNajwa Zonkipli (Pengkalan Hulu, Perak, 2023-07-25)
#169
Masalah barangan harga yang semakin meningkat serta tidak terkawal dan situasi pihak kerajaan yang berterusan menafikannyaMuhammad Hafizzudin Bin Isa (Chemor, 2023-07-25)
#170
Menuntut kerajaan agar menguruskan kenaikan harga barang yang kian meningkat.MUHAMMAD ARIF BILLAH BIN ABDUL MULUK (Machang, 2023-07-25)
#171
Saya berasa tertekan dengan kos makanan yang mahalMuhammad Shah Ikhlas Aslam (BAGAN SERAI, 2023-07-25)
#176
Saya setuju 100% dengan kenyataan yang dibuat.MUHAMMAD DZULQARNAIN MOHD JALADI (SHAH ALAM, 2023-07-25)
#177
Saya tak suka beli telur gred d gred c. Saya nak telur gred a dengan harga berpatutan.Fatihah Oth (Shah Alam, 2023-07-26)
#178
Kerajaan perlu ambil tindakan segera.Quraatul Osman (Kapar, 2023-07-26)
#179
Saya suri rumah memegang cash flow keluarga, amat terkesan. Kerajaan tolong rombak dan pertimbangkan balik subsidi elektrik. Kerajaan tolong cakna isu kenaikan harga barang keperluan harian. Terima kasih!Anim Rahman (Sekinchan, 2023-07-26)
#184
Melihat pada keadaan ekonomi sekarang, ramai anak muda yang tidak mampu untuk menangung makan minum merekaAhmad Fahim Mohd Hafizal (Shah Alam, 2023-07-29)
#185
Harga mkanan masak naik gilerAhmad PUZI (Sungai Petani, 2024-11-06)