Permohonan serta rayuan bagi melaksanakan laungan azan menggunakan pembesar suara atau speaker di bahagian luar bangunan atau premis Surau Graham Garden

  • Kami ingin mengemukakan permohonan serta rayuan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mempertimbangkan penggunaan pembesar suara atau speaker di luar bangunan atau premis Surau Graham Garden bagi tujuan melaungkan azan. 
  • Hal ini kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam.. Berpelembagaan Islam.dan boleh melaksanakan ajaran Islam secara terbuka di semua tempat
  • Agama islam adalah agama rasmi persekutuan dan semua kaum lain bebas mengamalkan agama masing-masing mengikut perlembagaan Malaysia.
  • Rakan-rakan jiran semua, telah menjadi lumrah dan sebahagian daripada prinsip hidup rakyat Malaysia di mana Islam diperakui sebagai agama rasmi di Malaysia dan rakyat juga diberi kebebasan beragama. Secara tidak langsung, kami saling menghormati kepercayaan dan budaya masing-masing.Laungan azan telahpun menjadi perkara yang lazim di Malaysia dan pastinya tidak akan menjadi gangguan kepada kehidupan normal.
  • Azan adalah panggilan menunaikan Solat. Ianya perlu dilaungkan bukan berbisik2. Sama seperti dipernerbangan.kenapa perlu panggilan itu dilaksanakan kuat padahal bukan untuk penumpang pernerbangan lain. Walaupon penumpang sudah tahu jadual masing masing.
  • Sebagai kesinambungan usaha untuk mendapatkan kelulusan melaungkan azan tersebut, kami telahpun mendapatkan surat kebenaran dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor (PAID).
  • PAID juga memberitahu mengenai surat arahan yang dikeluarkan pada tahun 2017 oleh Majlis Agama Islam Selangor bersama titah perintah DYMM Sultan Selangor mengenai halangan melaungkan azan boleh digunapakai untuk semua musolla, surau dan masjid. 
  • Berbalik kepada pihak PAID, biarpun nama rasmi yang didaftarkan ialah musolla, ia tetap musolla di kawasan kediaman dimana penduduk nya ialah penduduk tetap yang telah berdaftar dengan JAIS (penduduk Islam). Memandangkan musolla kita juga telah berjawatankuasa, ia tidak boleh disamakan dengan musolla yang berada di bangunan komersil. Bahkan surat JAIS juga telah memberi penerangan mengenai tugas-tugas AJK
  • Kami juga telah medapatkan pandangan dari pihak kementerian pembangunan Kpkt dan Menteri pembangunan mengenai status surau di badan pengurusan strata serta tanggungjawab pihak berkenaan. Di sini kami lampiran lampiran untuk rujukan pihak berkenaan. 
  • Dengan ini, kami mohon agar dilaksanakan dahulu azan dengan memberi makluman awal kepada penduduk akan perlaksanaannya. Mungkin boleh diperhalusi lagi perlaksanaannya.
    Sekiranya terdapat sebarang bantahan, marilah kita sama-sama mencari solusi dan jalan penyelesaian bagi menanganinya.
  • Kami berharap perkara ini tidak menimbulkan salah faham. Kami cuma ingin mengemukakan rayuan untuk melaksanakan laungan azan dan menyatakan komitmen kami secara satu komuniti bersama JMC untuk menangani sebarang permasalahan dalam perlaksanaannya.
  • Seharusnya semua Muslim turun berbincang agar suara semua komuniti Muslim dapat didengar. 
  • Diharap perkara ini tidak diperbesarkan.ini kerana kita hidup di malaysia.Berpelembagaan islam. Apa gunanya kita menjadikan islam agama rasmi jika kita tidak boleh melaksanakan azan di tempat sendiri. 

 


Penduduk graham    Hubungi pencipta petisyen

Tandatangan Petisyen Ini

By signing, I authorize Penduduk graham to hand over my signature to those who have power on this issue.


ATAU

Anda akan menerima sebuah e-mel dengan pautan untuk mengesahkan tandatangan anda. Bagi memastikan anda menerima e-mel kami, sila tambahkan info@petitions.net ke dalam buku alamat atau senarai pengirim selamat anda.

Please note that you cannot confirm your signature by replying to this message.




Pengiklanan Berbayar

Kami akan mengiklankan petisyen ini kepada 3000 orang.

Learn more...